Thursday, July 17, 2014

Redhakah aku?

Sebagai hamba Allah yang lemah, aku banyak melakukan kesilapan dalam hidup sehari-hari. Kadangkala aku diselubungi rasa tidak selesa, kecewa, marah dan geram apabila hati terasa.
'Aku saja yang menjadi sasaran'.

Aku selalu bertanya kepada diri, 'Kenapa aku yang mesti menghadapi semua ini?'
Banyak persoalan di minda yang datang tentang 'Kenapa' dan 'Mengapa'...itu semua pasti tipu muslihat syaitan untuk mengganggu hati kita ini. Aku sedar itu adalah antara petanda hati ini belum redha sepenuhnya. Pastinya keikhlasan yang kita mahu dalam setiap keredhaan keranaNya.



Bagaimana untuk belajar redha pada sesuatu? Mungkin asalnya kita perlu mengetahui erti redha itu sendiri. Redha dengan ketentuan yang Allah berikan kepada kita dan percaya Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, InsyaAllah. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.



Lepas ini, InsyaAllah sebelum membuat sesuatu, tanyalah pada iman dalam diri, adakah perbuatan kita itu akan mendapat REDHA atau MURKA Allah? Peringatan untuk diri saya yang lemah ini. Ya Allah bantulah aku...

Allah berikan aku ujian demi ujian...dalam setiap ujian itu, bersabarkah aku? Ya Allah, berikanlah kesabaran kepadaku seperti mana Kau berikan kesabaran kepada hamba-hambaMu yang syahid di medan peperangan kerana mempertahankan agamaMu. Adakah aku sekuat itu? Kuatkanlah imanku...aku memohon keredhaanMu dalam meniti setiap inci kehidupan di bumi milikMu ini Ya Allah. Ampunilah aku...




Redhakanlah aku untuk mengharungi segala ujianMu...


*Semoga bermanfaat*


marie1

Tuesday, July 15, 2014

Kemaafan bukan hanya adat beraya

Kemaafaan itu bukan mudah untuk diminta mahupun diberi. Justeru, amalkan sehari-hari supaya mudah untuk lidah kita ini melafazkan maaf. Dr Fadzilah Kamsah ada menyebut untuk mendapatkan ketenangan hati..maaf perlu diminta dan diberi..kita selalu maafkan orang lain, InsyaAllah Allah mudahkan orang lain untuk memaafkan kita.

Kemaafan dan keampunan bukan sahaja di hari raya dan bukan sahaja sesama manusia. Tetapi memang penting untuk mendapatkan kemaafan sesama manusia selain keampunan dari Allah. Manusia yang sangat dekat dengan kita adalah ibu bapa, adik beradik, guru-guru, sahabat dan yang paling penting pasangan dan zuriat-zuriat kita.

Apakah yang paling penting dalam hidup kita? Berkat itu penting..justeru jika kemaafan kita minta dan kita beri, hidup kita akan lebih diberkati. Kurang musuh kita InsyaAllah..

Saya berusaha istiqamah dalam meminta maaf kepada pasangan, ibubapa dan anak-anak setiap hari. Saya sangat berharap berkat dalam keluarga kami sentiasa Allah berikan..ini bukanlah untuk berbangga tapi itu adalah usaha saya untuk mendapatkan hidup yang lebih baik InsyaAllah.

Saya pernah terdengar sahabat-sahabat saya berkata nampak mudah untuk menyatakan maaf kepada pasangan setiap malam sebelum tidur..tapi setiap kali untuk melafazkannya..lidah bagaikan kelu dan kata-kata maaf itu hanya terlintas di hati dan minda..tidak terkeluar di mulut.

Kenapa? Kerana ego yang tinggi dalam diri. Saya pernah merasai keegoaan yang tinggi itu. Untuk istiqamah, saya selalu melupakan perasaan ego itu. Lama kelamaan ia menjadi kebiasaan untuk saya melafazkan kata maaf. Cuma sekarang saya berusaha untuk lebih merasai keikhlasan maaf dari dalam hati ini. Tak rugi ucapan maaf itu..InsyaAllah.

Love and Salam.

Sent from Yahoo Mail on Android

Saturday, July 12, 2014

Kemaafan dendam yang terindah..




Adakah benar manusia lebih mementingkan apa yang manusia kata berbanding dengan apa yang Allah kata?

Adakah benar kemaafan sukar untuk kita lafazkan dan sukar untuk kita berikan?

Adakah benar syurga itu tempat untuk orang-orang yang beriman?

Adakah benar mendidik anak itu amat sukar berbanding dengan menjaga ternakan?

Itu persoalan-persoalan dalam mindaku yang masih dahagakan ilmu Allah. Aku adalah manusia yang lemah, sangat memerlukan bimbingan untuk menyusuri jalan yang penuh liku di dunia ini.


Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dalam hidup ini. Lina Karim  dan Islamic Parenting Network adalah antara yang banyak memberikan bimbingan secara online dan Lina salah satu sumber inspirasiku untuk menulis. Dia menyatakan apabila kita menulis dari hati dan kerana Allah, segala yang kita lakukan akan dipermudahkan, InsyaAllah. Kata-kata Lina yang hanya santai banyak memberikan aku ruang untuk berfikir...terima kasih Lina Karim, semoga Allah memudahkan urusan Lina dunia akhirat.

Kematian semakin hampir dan apakah yang kita lakukan untuk mencukupkan bekalan?
3 amalan yang tidak akan putus apabila kita mati iaitu;
1. Sedekah jariah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Doa anak-anak yang soleh

Sedekah jariah walaupun nampak mudah tapi sebenarnya selalu di sulami dengan kata-kata
"Orang ni buat apa dengan duit yang aku bagi ni?"
"Patutkah aku bagi sedekah dekat pakcik ni? Nampak macam cukup sifat untuk buat kerja"
"Orang ni buat-buat susah ni, nampak macam ok je"

Itu adalah antara perkara yang terjadi kepada diriku sendiri dan aku selalu dikejutkan dengan rasa menyesal, padahal sedekah tak bagi pun..
"Ya Allah, siapalah aku untuk mempersoalkan itu semua.." malu aku padaNya. Duit yang ada walaupun tak banyak memang ada bahagian untuk orang lain yang lebih memerlukan. Kadangkala kita lebih mementingkan apa yang kita mahu dari apa yang orang lain perlukan (peringatan untuk diri sendiri). Lepas ni kalau nak bagi sedekah, jangan fikir nak bagi ke tidak, nak bagi ke tidak. Tanpa fikir dua tiga kali, bagilah secara ikhlas untuk membantu meringankan beban orang itu dan moga duit kita bermanfaat untuk orang yang menerima.

Lina banyak menekankan "Ilmu yang bermanfaat" - aku bukanlah guru sama seperti Lina Karim, tiada apa ilmu yang baik boleh aku sebarkan. Nasihat Lina, menulislah - mungkin itu yang terbaik dan cara yang terbaik untuk kita menyampaikan ilmu kepada orang lain. Aku mulakan di sini, untuk menulis apa yang baik dan apa yang terjadi dalam hidupku ini supaya ia akan bermanfaat kepada orang lain. Sebelum ini, aku adalah orang yang suka bila review tinggi (takde la tinggi sangat, tapi sifat yang tidak baik itu ada..dan masih ada). Sekarang, apa yang aku tulis adalah kerana Allah. Semoga bermanfaat untuk memberikan aku pahala sesudah aku mati, InsyaAllah.

Cita-cita aku untuk melihat anak-anakku menjadi Hafiz Al-Quran. Jika Allah izinkan, semoga Dia permudahkan perjalanan hidup anak-anakku, InsyaAllah. Bila tengok Sharifah Aini meninggal dunia dan meninggalkan permata hatinya seorang Hafiz, MasyaAllah..aku sangat terasa yang dia beruntung kerana menjadikan amanah Allah itu berjaya di dunia and InsyaAllah juga akhirat. Kuatkanlah diriku untuk senantiasa mengingatiMu dalam apa jua yang aku lakukan Ya Allah.



Coretan mengenai kemaafan telah berhari-hari menjelma di dalam kepalaku. Setiap hari ada sahaja yang berlaku dan mengingatkan aku tentang ketegalan hati ini untuk menyatakan "Maafkan saya". Untuk menyatakan kemaafan kelihatan mudah..tetapi untuk merasai keikhlasan dalam meminta maaf itu agak sukar untuk dilakukan.

Malam-malam Ramadhan yang mulia ini, rutin kami sekeluarga ke masjid untuk memenuhi undangan Allah dalam bulan yang barakah ini. Anak kecil aku yang berusia 2 tahun agak tak diam kerana perlu menunggu mamanya bersolat sepanjang 1 jam di masjid. Dia akan bermain dan bermain, memanjat, menarik sejadah, bergolek di sejadah, menendang, menarik telekung...kalau ikut rasa hati, aku mau solat di rumah saja. Tapi bila fikir balik, "Mungkin ini ujian Allah untuk aku setiap hari di masjid ni". Bersangka baiklah kita kepada yang Maha Pencipta, mungkin ada banyak kebaikan dari apa yang kita rasa kurang baik itu, InsyaAllah.

Dan sekarang setiap kali anak kecilku melakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu jemaah yang lain, aku akan cepat-cepat menyatakan "Maafkan saya ya". Aku harap setiap orang yang terganggu itu ikhlas memaafkan aku dan anak kecilku. Walaupun orang tahu itu hanya perbuatan si kecil tapi kita sebagai pencoraknya mempunyai saham juga...

"Ya Allah,
Di KETIKA aku melakukan KESALAHAN kepada orang lain, anugerahkan KEKUATAN kepadaku untuk meminta KEMAAFAN,
manakala...
Di WAKTU orang lain melakukan KESALAHAN kepadaku, anugerahkan aku KEKUATAN untuk memberi KEMAAFAN"


*Semoga bermanfaat*

marie1

Wednesday, April 30, 2014

what a post?

Assalamualaikum and very good day to all..adoi rasa macam nk buat speech atas stage pulak. It has been 4 months I am being a HomeMaker..wow what a name..

Being a HomeMaker is not an easy task..memang saya tahu dari dulu lagi tapi macam nak jugak try sendiri kann..nak tahu jugak macam mana rasanya. Membesarkan anak-anak sendiri memang dugaan yer..but they are more than everything - amanah Allah yang paling berharga. Banyakkan bersabar..actually I am learning a lot. Yes, mengenalpasti potensi diri, kekuatan dan kelemahan yang masih ada...dan banyak kelemahan hookey.

I don't know nak membebel apa..cuma my time is very limited untuk berada di depan laptop yer. Kebanyakan masa saya adalah untuk rumah dan anak-anak. Adoi...mental stressed tau!!

Sometimes rasa macam I just need a vacation!! Haha..see u all in my next entry.



Love and Salam @)--
marie1

Thursday, February 06, 2014

My youngest boy turns 2 today!

Sekejap saja masa berlalu..my youngest one dah pun 2 tahun hari ni. Nothing special yang mama buat today..cuma birthday wish n nyanyian lagu besday je utk Rida..hihi.

May Allah gives you good health and happy coming days in life. Semoga Allah jadikan Rida penyejuk mata dan hati mama dan ayah. AMEEN!!

Rida is special in every way..Insyaallah. Thanks Allah for this great gift. Alhamdulillah!~

Love you Rida..Have a very Happy Birthday!!

Sent from Yahoo Mail on Android

Monday, January 06, 2014

Last day of service

Thank you to all dear friends for organizing such a wonderful farewell party..I will surely be missing all of u guys.

Thank you for the friendship, joys, laughter, tears that we shared throughout this journey of life..

Another new chapter of life will begin. May Allah gives us the strength to pass all His tests..Insyaallah..

Love all of you guys, always!!

Love and Salam ~Marie~

Sent from Yahoo Mail on Android

Saturday, December 21, 2013

Birthday izmin 19 dec 2013

*Kak irah, Farah Ru, Marie, Asma, Imin, Shima and Wani*
Hope u like the surprise 'not so surprise' party that we have organized without u..hihi. 

Love and Salam ~Marie~

Sent from Yahoo Mail on Android

Wednesday, December 18, 2013

Weekend outing with the kids..

Busy kids ;)

At Batu Feringghi beach last weekend on sunny sunday morning. My kids with their cousins are busy by the beach, macam-macam aktiviti diorang reka...

Outing ni wajib setiap kali cuti sekolah dan cousins semua berkumpul ramai-ramai. Best!~

Sent from Yahoo Mail on Android

Height measurement

*Giraffe Height Measurement bought in Mr DIY Jusco Perda*
*Photo: Giraffe Neck*
Bila musim cuti sekolah ni..ramai la kat rumah my in law. So bila kami keluar bekerja..my eldest son with his cousins menggunakan masa untuk ukur tinggi masing-masing kat giraffe neck. Tengokla budak-budak ni tulis gaya mcm mana i tulis bila ukur tinggi my kids, "name age date". Selalunya I akan ukur tinggi my sons once a year..pandai budak-budak ni, siap dgn date tu..

Budak-budak yang pandai menulis dan membaca, so membesar mengikut perkembangan la ni. Ada saja benda baru yang diorang nak cuba..which is GOOD..ye tak? Hehe

Sent from Yahoo Mail on Android

Tuesday, December 17, 2013

25 tips to lose weight


I need some motivation to stay slim..haha :D rasa mcm dah gemuk ni. 

Cepat sebelum terlambat..uwaaaa

Let's start with the tips;

  1. First thing in the morning drink 1 cup of warm water with lemon
    Drink lots of water throughout the day and with all meals
  2. Drink lots of green Tea (in morning: has natural caffeine) and eliminate all juice (except natural pomegranate juice), diet and regular soft drinks. Drink only 1 cup  of coffee a day)
                            
  3. Never ever eat sugar, this also means nothing white (no white Pasta, bread or potatoes (nothing processed, also known as "eating clean")
     
  4. Eat whole foods (includes whole wheat pasta, whole wheat bread. Read labels, companies put white flour in and call it whole wheat)
     
  5. Eat all the vegetables you want (limit carrot sticks)
  6. Eat 5 small meals a day (This includes snacks) 
  7. Do not eat anything after 7PM
  8. Eat mostly lean protein & limit bad carbohydrates (absolutely no chips, popcorn, cookies, cake etc. no junk food) 
  9. Eat only 1 fruit a day, and before 12 noon. (Eat fruit from berry family: Blueberries, strawberries, cranberries)
  10. Do ½ hour to 45 minutes of cardio, preferably walking on an incline every day and 2 one hour Arthro-Pilates™ classes a week. (Consult a doctor before beginning any exercise program)
     
  11. Do light weight training 3-5lbs for upper body 3times a week
  12. Drink 1 protein drink a day (skim milk with whey protein isolate powder with greens + powder in morning) 
  13. Eat the good fat (olive oil, fish oil, flax seed oil or seed)
  14. With doctors permission only, take CLA (Conjugated Linoleic Acid) as per body weight to reduce abdominal fatNote: This is not for everyone!
  15.  Get 8 hours sleep
  16. Minimize stress to minimize stress hormones (and reduce abdominal fat)
  17. Snack on a small amount of almonds (5 at a time) throughout the day (4 times a day maximum)
  18. Never weigh yourself (judge progress by clothing size, inch loss, only)
     
  19. Write a food diary every day to stay on track
  20. Eat low fat dairy products such as plain yogurt, cottage cheese, skim milk. (No solid cheeses)
  21. Read labels. Look for no or low sugar grams, no trans fat and only whole wheat.
  22. Take a good quality multi vitamin/mineral a day
  23. Eat tofu, Beans, and Legumes
  24. Never go on a restrictive diet or on a program diet (They only  serve to mess with your metabolism and eventually make you gain more weight, in the long run.) To maintain a good weight and toned body requires a lifestyle change, not a fad diet or program. 
  25. Feel good about who you are, as you are. Acceptance is key

Sunday, December 08, 2013

Ideapad s410s..yahoooo!


Hasil tangkapan di PC Fair, PISA early this morning ;-) by Mr Hubby..yummmehhh..yang menariknya I xtau guna Windows 8. Haha..kena blajo laaa :-P

Kisahnya laptop lama hard disk crash..habis all the information gone. Sayang...but what to do. Laptop tu dah selamat di jual kepada new user after the hard disk been replaced. 

Will have some fun with this new toy ;-) and also this new Canon Pixma printer/ scanner/ copier/ fax...wahhh all in one :D



Here is the laptop features which I think come with a good deal at the PC Fair.

IdeaPad S410 Features

*source*

Weighs Less Than 4lbs; Less Than 1" Thick
Whether you're on the road, at the café, or on the way to class, at just 1.8kg (3.9 lbs) and 21mm (0.8") thick, the S410 won't weigh you down.

me: tak berat sangat, senangla untuk bawak ke mana-mana :)

**Up to 5 Hours Battery Life
Stop worrying about your battery: With the IdeaPad S410, you can enjoy **up to 5 hours of productive use between charges. Lenovo Energy Management protects the long-term durability of the battery and uses advanced energy-saving technology to increase time spent between charges.

me: laptop baru selalunya battery memang tahan lama

Colorful Design
The S410 boasts a tactile exterior and comes in a range of colors – it looks as good as it performs.

me: pilihan warna hitam nampak lebih elegan..hihi walaupun saya sendiri je yang nak tengok :)

Stereo Speakers With Dolby® Advanced Audio™ v2
The S410's speakers provide rich stereo sound, while Dolby® Advanced Audio™ v2 enhances audio clarity and delivers a vibrant surround sound experience.

AccuType Keyboard
The acclaimed AccuType keyboard is ergonomically designed to make typing more comfortable and to reduce errors.

14-Inch HD Display
The 14" LED backlit HD display delivers bright, crisp visuals in 16:9 widescreen.

Lenovo Cloud Storage
Share media on any device from any location with Lenovo Cloud Storage. In addition to its wide-ranging device support, Lenovo Cloud lets you push content to mobile devices and supports viewing files via and internet browser.

Multitouch Touchpad
Optimized for Windows 8, the intuitive, easy-to-use touchpad features simple scroll, zoom, and rotate functions.

Wireless Display
Enjoy content from your S410 on a big screen wirelessly with Intel® Wireless Display (WiDi) technology.

Simple Maintenance
With OneKey® Rescue System, recovering from viruses or other technical difficulties is a snap. The Lenovo S310 also makes it easy to back up your system and scan for and kill viruses.

WiFi, Bluetooth
With 802.11 b/g/n WiFi connectivity and optional Bluetooth® 4.0, you'll be able to connect wherever you go.

Fast Data Transfer
Move data between the U410 and other devices quickly with USB 3.0 – it's up to 10 times faster than previous USB technologies.

Integrated Webcam
The U410's integrated 720p HD webcam will help you enjoy web conferences or online video chats like you're really there.

me: Tak pandai nak komen sangat sebabnya belum 100% guna lagi this laptop so kena try habis habisan dulu..see u all then..

Love and Salam ~Marie~

Tuesday, November 26, 2013

Our Annual Sabah Trip VI


Adoi..memang kitaorang suka Sabah - Kota Kinabalu memang jadi tempat bercuti every year :D

Tahun ni kami pi bulan Oct haritu..tak sempat nak update. Sekarang baru update dengan gambar sket.

Kalau tak silap ni dah kali ke 6 kot...Shangri-La Tanjung Aru Resort and Spa memang di hatilah!

Nak citer banyak xde sangat sebab kitaorang banyak habiskan masa kat hotel je ;)

I wish I can go dive there one day! Any of the pulau yang cantik itu...memang cantik!! Subhanallah...indahkan ciptaan Allah!! I am loving it!!

Love and Salam ~Maria~


Friday, November 15, 2013

Getting ready...*sob sob*

Tengah mengemas lagi..bersepah!
It's maybe 2 or 3 weeks from now...will be missing this house...huhu :-(

Sent from Yahoo Mail on Android

Friday, September 27, 2013

Yes! Yes!


Currently in level 153 now..haha

Thanks for the motivation cake ~ to Shima, Izmin n the baker Hijriah.

Wednesday, September 25, 2013

Alhamdulillah!~ Semoga mendapat keberkatan Allah

Update for last night - Sept 24, 2013, Musa at the age of 6 years dah start baca Al-Quran ~ Al-Baqarah ayat 1-16

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

[2.1] Alif Laam Miim.

[2.2] Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,

[2.3] (yaitu) mereka yang beriman kepada yang gaib, yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka,

[2.4] dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Qur'an) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.

[2.5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.

[2.6] Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman.

[2.7] Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat.

[2.8] Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.

[2.9] Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.

[2.10] Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.

[2.11] Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan."

[2.12] Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar.

[2.13] Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman", mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?" Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.

[2.14] Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami telah beriman." Dan bila mereka kembali kepada syaitan-setan mereka, mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok".

[2.15] Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka.


[2.16] Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.


Alhamdulillah Allah permudahkan untuk dia membaca dan I hope he will be a Hafiz nanti..InsyaAllah!~

I am proud of you my son!~

Love and Salam ~ Marie ~


25.9 is My Birthday?

Happy Birthday~ Failing Level? Ish ishh..
Assalamualaikum to all,

YES, today is MY DAY!~

Alhamdulillah bertambah lagi umurku. Banyakkan doa semoga Allah permudahkan segala urusanku dan semua saudara muslim di luar sana.
Semoga hari ini dan hari2 seterusnya lebih baik dan lebih berakah, InsyaAllah.
Itu semua kerja Allah kann..kita sebagai hamba hanya mampu berdoa.
Kita boleh merancang, hanya Dia yang menentukan apa yang terbaik untuk kita dunia akhirat.

Okay, lets start with the update..
Semalam masa masak dinner, I heard Musa dok kalut buat card untuk Mamanya (I ler tu..hehe). Pagi ni after siap nak pi school, he pass me the cute card. Owhh, nanti I snap the pics, kalau sempat la..hehe. So cute and creative! Siap dia tulis kat dalam tu "We love you Mama. From Musa, Amat and Rida". Adoi..cair hati Mama gitu :D

Hubby gave me a pretty Birthday Card as always (he never missed that~!) with a present from his last outstation :D Alhamdulillah..I LOVE IT!~
Another present was given to me tengah tahun ni, a Foldable Bicycle Oscar. Nak suruh I exercise la tu sebab dah semakin bolat!~ hahahah
Thanks Hubby!~ Love you more...

Today at the office, I received a Mug and a special custom made Birthday Cake~ huhu :D so nice but ada heart broken kat situ...level candy crush yang tak lepas-lepas lagi 152 :(
Thank you very much dear Friends - Izmin & Shima for the cute cake. Thanks Hijriah for the nicest cake!~ It looks yummy...abaikan la yang Failed tu kann

Oklah, sekian update untuk hari besday-besday ni :D

Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. I LOVE MY LIFE~

Love and Salam ~ Marie ~

Friday, May 10, 2013

Pengisian dalam Perkahwinan ;)

Sangat suka post dari blog sisi-kehidupan... walaupun penulis sangat muda, muda than myself also :) Tapi penulisan dia sangat memberikan kesan kepada diri saya sendiri...untuk lebih memahami sesuatu keadaan, InsyaAllah.

Marriage Box yang di gambarkan ini is so true kann, macam mana  kita nak menjaga isi perkahwinan yang kita bina? Terpulang kepada kita semua...if we do love our marriage :)


Semoga Allah memberikan kita kesabaran dalam melalui cabaran dalam kehidupan ini~

Marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa untuk semua... InsyaAllah dengan izin Allah, semua yang kita doakan akan berlaku. Doakan yang terbaik untuk kita semua. Walau apapun yang terjadi, semua yang kita dapat, yang kita miliki adalah milik Allah sebenarnya. 

Dunia hanyalah pinjaman semata untuk mengetahui sejauh mana kecintaan kita kepada Allah.

Love and Salam ~ Marie ~

Thursday, April 11, 2013

Penang Car Boot Sale @ Garage Sale?


I just know about it and I want all of you to know about it too! I am just excited :) ada Car Boot Sale rupanya in Penang...~ argghhh :D Why I tak pernah tau?? Why...chewahh drama pulak...

Jom jom kita ramai-ramai ke Car Boot Sale By-The-Sea will be held on every third Saturday of the month at Straits Quay in Tanjung Bungah Penang. Nak menjual pun boleh...wow...

Do you have item to let go? Yes...this is the best time to do so...just book one spot by paying RM10 for sedans or RM20 for MPVs.

Isn't it interesting! ;)


Car Boot Sale By-The-Sea
Source: http://www.mywisewife.com/

Conducted concurrently in both PISA and Straits Quay on last weekend, Car Boot Sale is not a one-off event. Car Boot Sale By-The-Sea will be held on every third Saturday of the month at Straits Quay in Tanjung Bungah Penang. So if you have just heard of it, it is never too late to book a spot by paying RM10 for sedans or RM20 for MPVs. Vehicles larger than these are not allowed and the organizer limits to purely used items. Remember, strictly 'pre-loved' or 'old flame' that can be books, magazines, collectibles, toys, clothing, winter jackets, purses, sporting gears, or anything that you wanted to get out of your home while turning them into cash! For bookings or more information, call 04-8918000 or email to info@straitsquay.com. See you there!


Love and Salam ~ Marie ~

Monday, March 04, 2013

Book vs Movies..more to Movie Review


I nak share few things hari ni sebab saya pun baru tau about it...hehe :)

1. Bookxcess - read more for less
Ini pun sebab saya tengok cik min beli buku banyak sangat tapi dengan harga yang MURAH gila!!
Adoi..rasa macam sekarang jugak nak pegi beli buku. Tapi saya nak beli buku apa ek? Bookmark je dulu this link ;) *wink*
Non-fiction: crafts and hobbies tu memang menarik...tapi tak banyak sangat choice. Harga memang MURAH MURAH MURAH!!

2. Semalam saya tengok citer Safe House, hmm best. Memang citer Denzel Washington tidak menghampakan. This movie was released last year, 2012. Hubby ada sebut pasal movie ni, semalam baru kami berkesempatan layan movie. Best..best..I like!! Hmm saya bagi 4 Star!!


Saya rasa kalau watak Ryan Reynolds dipegang oleh Matt Damon, mesti citer ni saya rate jadi 5 Starsss siap blink blink lagi!! Hahahhh..

3. Another best movie yang recommended is Unknown lakonan Liam Neeson


Memang menarik jalan citer dia. I like this movie also...senang citer, saya memang kaki movie :D hehe. Cuma bila ada anak ni, tak boleh sangat pegi tengok kat cinema tapi nasib la ada movie channel kat rumah ;) *wink*wink* layan jee bila ada kelapangan...RIO pun saya layan tau!!


Love and Salam ~ Marie ~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...