Thursday, July 17, 2014

Redhakah aku?

Sebagai hamba Allah yang lemah, aku banyak melakukan kesilapan dalam hidup sehari-hari. Kadangkala aku diselubungi rasa tidak selesa, kecewa, marah dan geram apabila hati terasa.
'Aku saja yang menjadi sasaran'.

Aku selalu bertanya kepada diri, 'Kenapa aku yang mesti menghadapi semua ini?'
Banyak persoalan di minda yang datang tentang 'Kenapa' dan 'Mengapa'...itu semua pasti tipu muslihat syaitan untuk mengganggu hati kita ini. Aku sedar itu adalah antara petanda hati ini belum redha sepenuhnya. Pastinya keikhlasan yang kita mahu dalam setiap keredhaan keranaNya.



Bagaimana untuk belajar redha pada sesuatu? Mungkin asalnya kita perlu mengetahui erti redha itu sendiri. Redha dengan ketentuan yang Allah berikan kepada kita dan percaya Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, InsyaAllah. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.



Lepas ini, InsyaAllah sebelum membuat sesuatu, tanyalah pada iman dalam diri, adakah perbuatan kita itu akan mendapat REDHA atau MURKA Allah? Peringatan untuk diri saya yang lemah ini. Ya Allah bantulah aku...

Allah berikan aku ujian demi ujian...dalam setiap ujian itu, bersabarkah aku? Ya Allah, berikanlah kesabaran kepadaku seperti mana Kau berikan kesabaran kepada hamba-hambaMu yang syahid di medan peperangan kerana mempertahankan agamaMu. Adakah aku sekuat itu? Kuatkanlah imanku...aku memohon keredhaanMu dalam meniti setiap inci kehidupan di bumi milikMu ini Ya Allah. Ampunilah aku...




Redhakanlah aku untuk mengharungi segala ujianMu...


*Semoga bermanfaat*


marie1

Tuesday, July 15, 2014

Kemaafan bukan hanya adat beraya

Kemaafaan itu bukan mudah untuk diminta mahupun diberi. Justeru, amalkan sehari-hari supaya mudah untuk lidah kita ini melafazkan maaf. Dr Fadzilah Kamsah ada menyebut untuk mendapatkan ketenangan hati..maaf perlu diminta dan diberi..kita selalu maafkan orang lain, InsyaAllah Allah mudahkan orang lain untuk memaafkan kita.

Kemaafan dan keampunan bukan sahaja di hari raya dan bukan sahaja sesama manusia. Tetapi memang penting untuk mendapatkan kemaafan sesama manusia selain keampunan dari Allah. Manusia yang sangat dekat dengan kita adalah ibu bapa, adik beradik, guru-guru, sahabat dan yang paling penting pasangan dan zuriat-zuriat kita.

Apakah yang paling penting dalam hidup kita? Berkat itu penting..justeru jika kemaafan kita minta dan kita beri, hidup kita akan lebih diberkati. Kurang musuh kita InsyaAllah..

Saya berusaha istiqamah dalam meminta maaf kepada pasangan, ibubapa dan anak-anak setiap hari. Saya sangat berharap berkat dalam keluarga kami sentiasa Allah berikan..ini bukanlah untuk berbangga tapi itu adalah usaha saya untuk mendapatkan hidup yang lebih baik InsyaAllah.

Saya pernah terdengar sahabat-sahabat saya berkata nampak mudah untuk menyatakan maaf kepada pasangan setiap malam sebelum tidur..tapi setiap kali untuk melafazkannya..lidah bagaikan kelu dan kata-kata maaf itu hanya terlintas di hati dan minda..tidak terkeluar di mulut.

Kenapa? Kerana ego yang tinggi dalam diri. Saya pernah merasai keegoaan yang tinggi itu. Untuk istiqamah, saya selalu melupakan perasaan ego itu. Lama kelamaan ia menjadi kebiasaan untuk saya melafazkan kata maaf. Cuma sekarang saya berusaha untuk lebih merasai keikhlasan maaf dari dalam hati ini. Tak rugi ucapan maaf itu..InsyaAllah.

Love and Salam.

Sent from Yahoo Mail on Android

Saturday, July 12, 2014

Kemaafan dendam yang terindah..




Adakah benar manusia lebih mementingkan apa yang manusia kata berbanding dengan apa yang Allah kata?

Adakah benar kemaafan sukar untuk kita lafazkan dan sukar untuk kita berikan?

Adakah benar syurga itu tempat untuk orang-orang yang beriman?

Adakah benar mendidik anak itu amat sukar berbanding dengan menjaga ternakan?

Itu persoalan-persoalan dalam mindaku yang masih dahagakan ilmu Allah. Aku adalah manusia yang lemah, sangat memerlukan bimbingan untuk menyusuri jalan yang penuh liku di dunia ini.


Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dalam hidup ini. Lina Karim  dan Islamic Parenting Network adalah antara yang banyak memberikan bimbingan secara online dan Lina salah satu sumber inspirasiku untuk menulis. Dia menyatakan apabila kita menulis dari hati dan kerana Allah, segala yang kita lakukan akan dipermudahkan, InsyaAllah. Kata-kata Lina yang hanya santai banyak memberikan aku ruang untuk berfikir...terima kasih Lina Karim, semoga Allah memudahkan urusan Lina dunia akhirat.

Kematian semakin hampir dan apakah yang kita lakukan untuk mencukupkan bekalan?
3 amalan yang tidak akan putus apabila kita mati iaitu;
1. Sedekah jariah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Doa anak-anak yang soleh

Sedekah jariah walaupun nampak mudah tapi sebenarnya selalu di sulami dengan kata-kata
"Orang ni buat apa dengan duit yang aku bagi ni?"
"Patutkah aku bagi sedekah dekat pakcik ni? Nampak macam cukup sifat untuk buat kerja"
"Orang ni buat-buat susah ni, nampak macam ok je"

Itu adalah antara perkara yang terjadi kepada diriku sendiri dan aku selalu dikejutkan dengan rasa menyesal, padahal sedekah tak bagi pun..
"Ya Allah, siapalah aku untuk mempersoalkan itu semua.." malu aku padaNya. Duit yang ada walaupun tak banyak memang ada bahagian untuk orang lain yang lebih memerlukan. Kadangkala kita lebih mementingkan apa yang kita mahu dari apa yang orang lain perlukan (peringatan untuk diri sendiri). Lepas ni kalau nak bagi sedekah, jangan fikir nak bagi ke tidak, nak bagi ke tidak. Tanpa fikir dua tiga kali, bagilah secara ikhlas untuk membantu meringankan beban orang itu dan moga duit kita bermanfaat untuk orang yang menerima.

Lina banyak menekankan "Ilmu yang bermanfaat" - aku bukanlah guru sama seperti Lina Karim, tiada apa ilmu yang baik boleh aku sebarkan. Nasihat Lina, menulislah - mungkin itu yang terbaik dan cara yang terbaik untuk kita menyampaikan ilmu kepada orang lain. Aku mulakan di sini, untuk menulis apa yang baik dan apa yang terjadi dalam hidupku ini supaya ia akan bermanfaat kepada orang lain. Sebelum ini, aku adalah orang yang suka bila review tinggi (takde la tinggi sangat, tapi sifat yang tidak baik itu ada..dan masih ada). Sekarang, apa yang aku tulis adalah kerana Allah. Semoga bermanfaat untuk memberikan aku pahala sesudah aku mati, InsyaAllah.

Cita-cita aku untuk melihat anak-anakku menjadi Hafiz Al-Quran. Jika Allah izinkan, semoga Dia permudahkan perjalanan hidup anak-anakku, InsyaAllah. Bila tengok Sharifah Aini meninggal dunia dan meninggalkan permata hatinya seorang Hafiz, MasyaAllah..aku sangat terasa yang dia beruntung kerana menjadikan amanah Allah itu berjaya di dunia and InsyaAllah juga akhirat. Kuatkanlah diriku untuk senantiasa mengingatiMu dalam apa jua yang aku lakukan Ya Allah.



Coretan mengenai kemaafan telah berhari-hari menjelma di dalam kepalaku. Setiap hari ada sahaja yang berlaku dan mengingatkan aku tentang ketegalan hati ini untuk menyatakan "Maafkan saya". Untuk menyatakan kemaafan kelihatan mudah..tetapi untuk merasai keikhlasan dalam meminta maaf itu agak sukar untuk dilakukan.

Malam-malam Ramadhan yang mulia ini, rutin kami sekeluarga ke masjid untuk memenuhi undangan Allah dalam bulan yang barakah ini. Anak kecil aku yang berusia 2 tahun agak tak diam kerana perlu menunggu mamanya bersolat sepanjang 1 jam di masjid. Dia akan bermain dan bermain, memanjat, menarik sejadah, bergolek di sejadah, menendang, menarik telekung...kalau ikut rasa hati, aku mau solat di rumah saja. Tapi bila fikir balik, "Mungkin ini ujian Allah untuk aku setiap hari di masjid ni". Bersangka baiklah kita kepada yang Maha Pencipta, mungkin ada banyak kebaikan dari apa yang kita rasa kurang baik itu, InsyaAllah.

Dan sekarang setiap kali anak kecilku melakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu jemaah yang lain, aku akan cepat-cepat menyatakan "Maafkan saya ya". Aku harap setiap orang yang terganggu itu ikhlas memaafkan aku dan anak kecilku. Walaupun orang tahu itu hanya perbuatan si kecil tapi kita sebagai pencoraknya mempunyai saham juga...

"Ya Allah,
Di KETIKA aku melakukan KESALAHAN kepada orang lain, anugerahkan KEKUATAN kepadaku untuk meminta KEMAAFAN,
manakala...
Di WAKTU orang lain melakukan KESALAHAN kepadaku, anugerahkan aku KEKUATAN untuk memberi KEMAAFAN"


*Semoga bermanfaat*

marie1

Wednesday, April 30, 2014

what a post?

Assalamualaikum and very good day to all..adoi rasa macam nk buat speech atas stage pulak. It has been 4 months I am being a HomeMaker..wow what a name..

Being a HomeMaker is not an easy task..memang saya tahu dari dulu lagi tapi macam nak jugak try sendiri kann..nak tahu jugak macam mana rasanya. Membesarkan anak-anak sendiri memang dugaan yer..but they are more than everything - amanah Allah yang paling berharga. Banyakkan bersabar..actually I am learning a lot. Yes, mengenalpasti potensi diri, kekuatan dan kelemahan yang masih ada...dan banyak kelemahan hookey.

I don't know nak membebel apa..cuma my time is very limited untuk berada di depan laptop yer. Kebanyakan masa saya adalah untuk rumah dan anak-anak. Adoi...mental stressed tau!!

Sometimes rasa macam I just need a vacation!! Haha..see u all in my next entry.



Love and Salam @)--
marie1

Thursday, February 06, 2014

My youngest boy turns 2 today!

Sekejap saja masa berlalu..my youngest one dah pun 2 tahun hari ni. Nothing special yang mama buat today..cuma birthday wish n nyanyian lagu besday je utk Rida..hihi.

May Allah gives you good health and happy coming days in life. Semoga Allah jadikan Rida penyejuk mata dan hati mama dan ayah. AMEEN!!

Rida is special in every way..Insyaallah. Thanks Allah for this great gift. Alhamdulillah!~

Love you Rida..Have a very Happy Birthday!!

Sent from Yahoo Mail on Android

Monday, January 06, 2014

Last day of service

Thank you to all dear friends for organizing such a wonderful farewell party..I will surely be missing all of u guys.

Thank you for the friendship, joys, laughter, tears that we shared throughout this journey of life..

Another new chapter of life will begin. May Allah gives us the strength to pass all His tests..Insyaallah..

Love all of you guys, always!!

Love and Salam ~Marie~

Sent from Yahoo Mail on Android

Saturday, December 21, 2013

Birthday izmin 19 dec 2013

*Kak irah, Farah Ru, Marie, Asma, Imin, Shima and Wani*
Hope u like the surprise 'not so surprise' party that we have organized without u..hihi. 

Love and Salam ~Marie~

Sent from Yahoo Mail on Android
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...