Tuesday, October 28, 2008
Ibu Roti atau Yis?
Ibu roti adalah ‘nama lama’ atau nama dalam bahasa melayu. Yis (yeast)ada di dalam 2 jenis - yis segera (dalam paket) dan jenis basah/segar (selalu diletak di tempat dinginbeku/frozen).
Jumlah yis segera/kering selalunya digunakan separuh dari jumlah yis basah.
Bererti, jika 20 gm yis segar diperlukan, boleh diganti dengan 10 gm yis segera.
Cara menggunakannya juga berbeza kerana yis segera boleh dicampur terus ke dalam tepung manakala yis segar perlu di’naikkan’ dulu dengan mencampur bersama air suam bergula.
**sumber**
http://sofieyya.wordpress.com/2006/08/30/tip-tepung-dan-yis-berkaitan-dengan-roti/
Doa Seorang Isteri..
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati suami
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
Thursday, October 23, 2008
Nafkah; Kewajipan Suami
Hadith :
Daripada Sa’ad bin Abi Waqas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya :
" Sesungguhnya engkau tidak membelanjakan satu nafkah sama sekali untuk mencari keredaan Allah melainkan engkau diberi pahala atasnya sehinggakan apa yang engkau masukkan dalam mulut isteri mu."
(Al-Bukhari dan Muslim)
Huraian
Seseorang suami wajib memberikan nafkah kepada isteri dan tanggungannya semenjak mula berlakunya akad nikah, sekalipun isterinya itu seorang yang kaya raya. Hak isteri tersebut untuk mendapatkan nafkah tidak akan berubah dan kewajipan itu tetap ke atas suami. Justeru, suami wajib berusaha mencari nafkah yang halal bagi menampung kehidupan keluarga. Kewajipan memberi nafkah ini juga dinyatakan dengan jelas dalam peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] misalnya telah memperuntukkan dengan jelas tentang hal pemberian nafkah dalam peruntukan Seksyen 59 hingga peruntukan Seksyen 71. Selain itu, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 juga memperuntukkan hal pemberian nafkah di dalam peruntukan Seksyen 60 hingga peruntukan Seksyen 70. Demikianlah halnya dengan peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri lain di seluruh Malaysia yang turut menyatakan perihal pemberian nafkah ini. Peruntukan-peruntukan ini dibuat untuk memastikan seseorang suami itu tidak lari dari tanggung jawabnya memberikan nafkah kepada isteri dan orang di bawah tanggungannya.
Monday, October 13, 2008
Pizza Sempoi
Pic 2 : Pizza dah siap untuk dimakan! Yummy..
Resipi Pizza Sempoi
Bahan-bahan (2-3 large pan)
Roti Pizza
1kg tepung gandum
sepeket yis mauripan (11g)
2 sdb minyak zaitun (olive oil)/minyak sayuran
2 sdb gula
1/2 sdk garam
250ml air suam
Topping
Tomato puree
Bawang besar dipotong bulat
Cendawan butang dipotong dadu
Cabsicum dipotong dadu
Tomato
Sosej ayam *boleh digantikan dgn daging, ikan etc mengikut kesukaan masing-masing
Mozarella cheese
Cara-cara
Roti Pizza
Gula dan garam larutkan dulu dalam air panas. Masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga jadi doh. Letak dalam bekas yang cukup untuk doh mengembang, tutup bekas. Tunggu 1 jam untuk doh mengembang.
Canaikan doh diatas dulang pembakar pizza sebagai base. Sapukan tomato puree di atas doh tadi, taburkan semua bahan-bahan untuk topping. Akhir sekali tabur mozarella cheese. Bakar dalam oven 200 darjah C selama 15 minit - bakar satu pizza dlm satu masa untuk hasil pembakaran yang sekata.
Selamat Mencuba!
*resepi diambil dari www.myresipi.com