Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, September 01, 2010

Choc Chip Muffins

I made muffins yesterday since I have some time at home :)



I bought one box of plain muffin mix from TesCo just to try out and see the results - not bad at all! I love them...Senang sangat nak buat muffin ni


Cara-Cara
1/ Mix tepung muffin ni dgn 3 biji telur dan 100g air sampai kembang
2/ Masukkan 100g minyak - I bubuh minyak masak je. Mix lagi sampai kembang
3/ Masukkan ke dalam acuan dan add la apa2 yang anda suka - I letak choc chip on top (My boy jadi my assistant untuk letak choc chip smlm...rajin sungguh! Thanks Abg Ajim...)
4/ Panaskan oven dulu tau...selama 15 mins. Then baru bakar the muffins 180 darjah Cel selama 20 mins
5/ Ready untuk di makan!
"Itadakimas"


(Prep time: 10~15 mins)

Selamat mencuba!
marie1

Raya Cookies

I have made 2 types of simple cookies for this coming Raya... :D buat suka-suka je
Kedua2 cookies ini telah selamat diletakkan di dalam balang (pics ni masa dlm balang la..m***s nak keluarkan)

Tart Bunga

Resepi Tart dan Mazola ni spt biasa - di cedok dari dapur Hana Nihon dan versinya dari saya sendiri wookay :)
Untuk tart, hubby lebih suka Tart Bunga..I love Mazola! Suka je, bukannya makan sgt pun Mazola..Resepi tart dan mazola tu tak 100% saya guna dari Hana sbb ikut citarasa masing2 la kann

Mazola

Meh jamu mata...hehe
Trimas Hana!

Monday, August 23, 2010

Pudding Roti Traffic Light :)

Last friday ada la berblog hopping utk cari resepi best pudding :)
bila tgk je resepi 'Puding Roti Pelangi' cik Hana ni terus rasa nak cuba.
Futhermore, ada roti lagi kat umah kann yg dah nak dekat expired
xla membazir :) dan save budget..




Terima kasih daun keladi Hana
Saya sgt suka tgk blog Hana utk cari resepi
sebabnya gambar dlm blog tu yg membuatkan semua nampak sedap2 belaka!
Nak rasa masakan Hana jauh sgt
Keep up your good work..


Thank you for sharing..
Sharing is caring :D
Jom la kawan2 cuba..sedap pudding ni tp berlemak la..
Kalau nak try, jom tgk resepi di blog Hana
Malas nak kopi pes

p/s: Hana kata kalau nak kurangkan lemak, xyah buh telor..nnt kena cuba ni ;)

Tuesday, July 20, 2010

Weekend Project : Choc Cheese Cake


Choc cheese cake ni actually dibuat untuk potluck kat ofis on Monday morning =) bersempena menyambut Ramadhan yang bakal tiba. Looks yummy tak??

Sorry cikgu Jeri, saya tak buat choc ganache untuk kek ni =) tak sempat a.k.a malas!! hahahha


Selamat Menyambut Ramadhan to all...and here is the recipe to be shared


Choc Cheese Cake

Bahan 1
180g butter
1/4 cup coklat powder
1/2 cup castor sugar
2 eggs
1 cup flour+1 tsp baking powder

Bahan 2
250g cream cheese
1/2 cup castor sugar
1 egg
1/2 cup fresh milk
1 tsp vanilla essence

DECO : Choc Ganache (optional)
200g Whipping Cream
250g Choc Bar
2 tbs butter

Cara nak buat guna mixer la kann...
Bahan 1
untuk first dan third layer
1. Guna double boiler untuk cairkan butter, sejukkan
2. Masukkan serbuk coklat dan gula castor, mixed with butter
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, mixed sampai kembang
4. Masukkan tepung, mixed well...letak tepi dulu

Bahan 2
untuk second layer
5. Masukkan cream cheese dan gula, mixed
6. Masukkan telur, esen vanilla dan fresh milk...mixed well

Siap untuk dibakar
7. Sapukan butter ke dalam loyang supaya tak melekat, lapik dengan kertas minyak or A4 paper
8. Buat first layer guna Bahan 1, second layer guna Bahan 2 dan third layer guna Bahan 1 balik
9. Masukkan ke dalam oven selama 45 minit, 180C

Untuk buat Choc Ganache for the topping - khas untuk cake deco
1. Guna double boiler untuk panaskan whipping cream
2. Masukkan coklat bar yang sudah dipotong-potong, kacau sampai cair
3. Masukkan butter

Selamat Mencuba!
Marie

Saturday, January 31, 2009

Today's Menu

Hehe..this is my 1st time buat nasi tomato, ayam masak merah and jelatah timun. Resepi dicilok dari tenaga pengajar kat myresepi. Alhamdulillah, semua masakan turn well..hehe :) ni i sertakan the pics...thanks to choppy..





Tuesday, October 28, 2008

Ibu Roti atau Yis?

Ibu roti atau yis adalah sama.

Ibu roti adalah ‘nama lama’ atau nama dalam bahasa melayu. Yis (yeast)ada di dalam 2 jenis - yis segera (dalam paket) dan jenis basah/segar (selalu diletak di tempat dinginbeku/frozen).

Jumlah yis segera/kering selalunya digunakan separuh dari jumlah yis basah.

Bererti, jika 20 gm yis segar diperlukan, boleh diganti dengan 10 gm yis segera.

Cara menggunakannya juga berbeza kerana yis segera boleh dicampur terus ke dalam tepung manakala yis segar perlu di’naikkan’ dulu dengan mencampur bersama air suam bergula.

**sumber**
http://sofieyya.wordpress.com/2006/08/30/tip-tepung-dan-yis-berkaitan-dengan-roti/

Monday, October 13, 2008

Pizza Sempoi

Pic 1 : Pizza before masuk oven..

Pic 2 : Pizza dah siap untuk dimakan! Yummy..

Resipi Pizza Sempoi

Bahan-bahan (2-3 large pan)
Roti Pizza
1kg tepung gandum
sepeket yis mauripan (11g)
2 sdb minyak zaitun (olive oil)/minyak sayuran
2 sdb gula
1/2 sdk garam
250ml air suam

Topping
Tomato puree
Bawang besar dipotong bulat
Cendawan butang dipotong dadu
Cabsicum dipotong dadu
Tomato
Sosej ayam *boleh digantikan dgn daging, ikan etc mengikut kesukaan masing-masing
Mozarella cheese

Cara-cara
Roti Pizza
Gula dan garam larutkan dulu dalam air panas. Masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga jadi doh. Letak dalam bekas yang cukup untuk doh mengembang, tutup bekas. Tunggu 1 jam untuk doh mengembang.

Canaikan doh diatas dulang pembakar pizza sebagai base. Sapukan tomato puree di atas doh tadi, taburkan semua bahan-bahan untuk topping. Akhir sekali tabur mozarella cheese. Bakar dalam oven 200 darjah C selama 15 minit - bakar satu pizza dlm satu masa untuk hasil pembakaran yang sekata.

Selamat Mencuba!

*resepi diambil dari www.myresipi.com

Monday, September 29, 2008

Biskut Tart Nenas Sempoi

Bahan-bahan (doh)
1kg tepung gandum
600g (2.5ketul) buttercup
3 sdb tepung jagung
3 sdk tepung kastard
1 sdb susu pekat

Masukkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh. Gunakan acuan tart mengikut kesukaan masing-masing.

Bahan-bahan (jem nenas)
1 biji nenas masak
1 cawan gula

Nenas dipotong dan diblend. Masukkan hasil nenas blend tadi ke dalam kuali, campurkan gula.Letak atas api, kacau sampai jadi jem pekat...

Seelok-eloknya buat jem dulu - simpan sekejap supaya tidak terlalu panas. Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...