Showing posts with label Learning. Show all posts
Showing posts with label Learning. Show all posts

Friday, June 15, 2012

New Banner~ Didik anak dengan Al-Quran

Saya terpanggil untuk sharekan maklumat ini kerana saya juga seorang ibu yang mahukan anak-anak saya menghafal Al-Quran (jika diizinkan Allah, InsyaAllah..).

Selepas membaca blog Lina Karim, saya terus subscribe dan menjadi menerima tips-tips berguna untuk mendidik anak dan juga diri saya sendiri tentang Al-Quran.

Lina Karim
Blog : http://www.darwishndarwisya.blogspot.com/
Website : http://www.islamicparentingnetwork.net/
Facebook Page : Islamic Parenting Network

InsyaAllah, jika sesiapa yang ingin membaca blog Lina Karim..sila ke blog beliau. Alhamdulillah, banyak ilmu yang bermanfaat di situ dan banyak yang kita boleh belajar. Semoga ilmu yang beliau curahkan dapat kita gunakan untuk mendidik generasi kita yang akan datang iaitu anak-anak kita. Terima kasih kak! Semoga Allah sentiasa memberkati usaha Lina Karim dan juga kita, InsyaAllah..

Anak-anak kita lah yang akan menerajui negara dan akan menjadi pemimpin pada masa hadapan. Ini adalah tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa. Amanah Allah yang diberikan janganlah kita sia-siakan.

Mampukah kita?..InsyaAllah, berusahalah dan banyakkan berdoa semoga anak-anak kita menjadi soleh dan solehah. Marilah kita berusaha menyerapkan Al-Quran ke dalam jiwa mereka.

Mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan. Corak bagaimanakah yang kita mahu?


Love and Salam ~ Marie ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...