
Friday, May 10, 2013
Pengisian dalam Perkahwinan ;)

Tuesday, September 04, 2012
Enam Tahun Berlalu~
Yesterday was our 6th Anniversary :D Tak sempat nak buat entry..hehe since I was kalut mencari hadiah untuk hubby plus kerja yang banyak kat ofis ni (cuti lama sangat beraya..). I pulak yang excited..
Alhamdulillah, we have been together for 6 years now...sekejap je masa berlalu. Rezeki yang Allah berikan tidak ternilai harganya. Sungguh banyak rezeki itu, semoga Allah tetapkan hati-hati kami sentiasa di jalanNya.
Doakan kami sentiasa diberikan kesabaran bersama. Semoga Allah sentiasa memberikan rahmatnya, InsyaAllah.
Love and Salam ~ Marie ~
Friday, October 07, 2011
Visiting UK again!
Friday, February 06, 2009
Wisdom Tooth Problem
The procedure required an incision into my gums cost me about RM400!! Phewsss...
Thursday, February 05, 2009
My cheeky one's new bike..
Friday, January 30, 2009
Dream..Dream..Dream

I had a dream yesterday which I think it is a good sign for me and family..InsyaAllah! :)
Thursday, January 15, 2009
Happy Birthday Mr J @ Hubby
Tuesday, January 13, 2009
Anugerah

He loves to sing 'cicak' song now..hehe :)
"Cicak cicak di dinding, Diam diam merayap, Datang seekor nyamuk, Happ! Lalu ditangkap"
Alhamdulillah, we have him as anugerah dan amanah Allah yang tidak ternilai..
Monday, December 22, 2008
Surah 59 Al-Hashr : Ayat 21-24
لَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ۬ لَّرَأَيۡتَهُ ۥ خَـٰشِعً۬ا مُّتَصَدِّعً۬ا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلُ نَضۡرِبُہَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (٢١) هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَـٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ (٢٢) هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَـٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَڪَبِّرُۚ سُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِڪُونَ (٢٣) هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَـٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ يُسَبِّحُ لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٢٤)
Al-Hashr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
**My aunty asked me to remember these ayat. Banyak khasiat dari empat ayat terakhir Surah Al-Hashr ini. InsyaAllah..let's pray that our heart is still available untuk ayat2 yang baik**
Thursday, December 18, 2008
My DELL LCD Monitor
I personally think this is some sort of motivation kut..berprasangka baik. Thank you Boss! InsyaAllah prestasi akan meningkat kut lepas ni..haha :D
Oklah tu, at least dapat jugak merasa pakai new LCD monitor kat ofis ganti CRT monitor yang lama..Alhamdulillah! :)
Last week, time PC Fair..I bought myself a brand new COMPAQ laptop. It is just for personal use. Dah lama mencari, sekarang baru dapat..itula namanya rezeki. Cepat atau lambat, finally I got it! Yeey..
Apa2 pun, I bersyukur dengan apa yang ada. Thank you Allah dengan rezeki yang tak pernah putus-putus..Alhamdulillah..
Tuesday, November 18, 2008
Ayat Seribu Dinar
Ayat 2-3
وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (٢) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا (٣
Maksudnya:
sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)
**source : http://www.quranexplorer.com/Quran/
My hubby taught me this Ayat..asked me to remember by heart.
Alhamdulillah..now i can recite it by heart :)
Amalkan membaca Ayat Seribu Dinar setiap hari dgn penuh keyakinan kepada Allah, InsyaAllah kita akan sentiasa dilindungi Allah dari bala bencana dan godaan syaitan..pohon lah keampunan dari-Nya selagi nafas kita masih ada di dunia yg fana ini. Sesungguhnya Allah maha pemurah lagi maha pengampun..
"Ya Allah,
Sesungguhnya aku tak layak untuk syurgaMu..tapi aku takut akan api nerakaMu. Oleh itu, terimalah taubatku dan Kau ampunkanlah dosa-dosaku.."
Tuesday, October 28, 2008
Doa Seorang Isteri..

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati suami
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..