Showing posts with label ILUVISLAM. Show all posts
Showing posts with label ILUVISLAM. Show all posts

Friday, May 10, 2013

Pengisian dalam Perkahwinan ;)

Sangat suka post dari blog sisi-kehidupan... walaupun penulis sangat muda, muda than myself also :) Tapi penulisan dia sangat memberikan kesan kepada diri saya sendiri...untuk lebih memahami sesuatu keadaan, InsyaAllah.

Marriage Box yang di gambarkan ini is so true kann, macam mana  kita nak menjaga isi perkahwinan yang kita bina? Terpulang kepada kita semua...if we do love our marriage :)


Semoga Allah memberikan kita kesabaran dalam melalui cabaran dalam kehidupan ini~

Marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa untuk semua... InsyaAllah dengan izin Allah, semua yang kita doakan akan berlaku. Doakan yang terbaik untuk kita semua. Walau apapun yang terjadi, semua yang kita dapat, yang kita miliki adalah milik Allah sebenarnya. 

Dunia hanyalah pinjaman semata untuk mengetahui sejauh mana kecintaan kita kepada Allah.

Love and Salam ~ Marie ~

Thursday, January 10, 2013

How are you feeling today?

Happy - or - Sad?

Did you know?
Always remember Him :)
InsyaAllah!

Love and Salam ~ Marie ~

Tuesday, May 08, 2012

Isteri Solehah :D


Sama-samalah kita ingat memperingati antara satu sama lain ;)

Love and Salam ~ Marie ~

Tuesday, April 17, 2012

Kekayaan dan Kemewahan Dunia



Saya adalah antara pembaca tegar blogspot dan website yang boleh menjana pendapatan lumayan. Kekayaan dunia memang sentiasa manusia cari..betul kann? :) Saya juga salah seorang yang mencari-cari pendapatan yang boleh diperolehi dengan hanya berada di rumah. Tetapi saya bukanlah jenis yang tabah dan kuat menghadapi dugaan dunia perniagaan~ hmm macam mana tu? Sebab itulah saya tidak kaya...hehe

Saya kagum dengan manusia yang kuat menghadapi dugaan dalam mencari harta kekayaan dunia dan saya bertambah kagum jika manusia itu tidak lupa mencari harta untuk bekalan akhirat juga (memang salute lah!~). Akan tetapi manusia mudah lupa, kadangkala harta kekayaan dunia itu mengaburi mata kita. Hati menjadi hanyut dengan perhiasan dunia yang boleh dibeli dengan kekayaan dan kemewahan. Lama-kelamaan hati menjadi jauh dariNya..Nauzubillah!

Lumrah alam, hidup ini ada turun naiknya. Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Bila berada di atas tu, jangan lah lupa pada yang memerlukan. Sedikit sebanyak bantuan yang diberikan InsyaAllah akan dapat meringankan bebanan mereka yang sangat-sangat  mengharapkan pertolongan. Saya mengingatkan diri saya sendiri agar tidak teragak-agak bila ternampak ada orang yang susah dan memerlukan (bukanlah saya berlagak baik, tapi saya mahu berubah..dulu saya adalah orang yang teragak-agak itu...). Sekarang saya tanamkan dalam hati, walaupun pertolongan saya hanyalah sekecil zarah, itulah hanyalah pada pandangan mata manusia..yang penting Allah Maha Mengetahui niat di dalam hati kita. InsyaAllah!

Saya juga manusia yang mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan. Entry ini sekadar untuk mengingatkan semua dan juga diri saya sendiri tentang harta kekayaan dunia~ cara kita mensyukuri nikmatNya, berkongsilah dengan orang lain yang memerlukan. Jangan bazirkan apa yang kita kecapi dengan membelanjakannya untuk perkara-perkara yang tidak membawa manfaat. InsyaAllah!

**kadangkala doa orang yang kita tolong itu lebih termakbul. Doa yang baik dari mereka untuk kita mungkin akan lebih membahagiakan...:)

**Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk menjadi manusia yang lebih baik dari hari ini..InsyaAllah!

Love and Salam ~ Marie ~

Monday, May 16, 2011

..Dunia hanya Persinggahan..


Selama manakah kita akan hidup di dunia ini? Mungkin 100 tahun atau mungkin 40 tahun atau mungkin hingga tahun ini sahaja? Apa-apa pun dunia ini hanya satu persinggahan untuk kita..kematian semakin hari semakin dekat dengan kita. Adakah cukup bekalan kita untuk menemuiNya? Cukupkah masa untuk kita mencari bekalan itu?


Marilah kita bersama-sama ingat mengingati antara satu sama lain. Dunia tidak akan menunggu kita, kita yang akan meninggalkannya satu hari nanti. Fikir-fikirkan lah..


..kerana kita cuma hanya ada satu persinggahan..

Persinggahan yang ABADI

marie1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...