Kehidupan seharian kita penuh dengan kesibukan duniawi. Bila masanya kita berdoa? Kalau yang solat tu, InsyaAllah, selepas solat selalunya kita berdoa..tapi itu cuma 2 minit doa dalam 1 waktu. Boleh dikatakan sehari jika kita solat 5 kali (kalau solat penuh la) = 2 minit x 5 waktu..kita hanya peruntukkan 10 minit aje untuk berdoa..cukup ker?
I am afraid bila thinking about the future. Takut bila fikir what will happen to zaman anak-anak kita nanti. Nowadays pun banyak kemungkaran berlaku di sana sini. Mana kita boleh kawal our kids 24 hours per day. Kita tak larat satu hal and they will get bored tengok muka kita aje..they need friends too. Hmm..pening!
What can we do as parents?
Hmm..ni yang aku pikir..you are welcome to add more..
1- Give them a good basic as a Muslim
Jangan la harapkan anak kita boleh buat semua benda yang baik2, hafal semua doa dalam sekelip mata..ajarlah mereka sebab anak2 ni amanah Allah. Ajarlah sikit-sikit lama-lama pandai la..InsyaAllah. 1st of all, parents la kena tunjukkan teladan..solat di setiap waktu solat, solat berjemaah suami-isteri ajak anak2 bersama, baca Al-Quran setiap hari (Al-Fatihah juga ayat2 Al-Quran), baca doa bila nak makan, doa naik kenderaan, etc..lama kelamaan semua itu akan jadi sebahagian dari amalan anak kita dan akan sebati dengan jiwanya.
2- Doa untuk anak2
Everyday kita doa semoga Allah ampunkan dosa anak2 kita, kawan2 anak kita dan juga orang di sekeliling mereka. Semoga mereka diberikan keberkatan dunia akhirat dan menjadi anak yang soleh/solehah. InsyaAllah.
3- Kawal kata-kata dan tingkah laku
Apa saja kata2 parents adalah doa untuk anak2..jadi pikir dulu la sebelum berkata especially bila time marah. Memang la geram..Tuhan cipta kita dengan akal fikiran. Gunakan lah anugerah tu sebaik2nya. Ada 2 part dalam otak kita, logik dan emosi. Bila kita marah, emosi akan mengawal proses otak..oleh itu jangan biarkan emosi mengawal diri, tahan dulu apa ayat2 semburan dalam kepala. Salah satu cara untuk kembalikan logik kita, beristifarlah..logik akan kembali mengambil tempatnya..kita kan fikir balik buruk baik apa yang kita nak cakap tu. Itulah logik..
Selama 30 tahun hidup ni, yes..I have go through a lot of suka duka kehidupan. There is so much bad influences out there..especially friends. How to keep our family safe from all bad influence? Crazy people out there..sanggup lakukan apa saja to get what they want. Walaupun salah di sisi agama and the best part is they know what they did is 'WRONG'.
Jika kamu adalah orang yang masih mencari-cari cahaya, kembalilah kepadaNya. InsyaAllah, He will listens and will give you what's the best for you..Amin!