Monday, December 29, 2008

MAAL HIJRAH 1430

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430
Semoga tahun baru ini membawa keberkahan pada diri kita semua dan umat Islam sedunia, Amin.

MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

  • Doa akhir tahun dibaca 3x pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
  • Doa awal tahun dibaca 3x selepas waktu Maghrib pada tanggal 1 Muharram tahun baru

Semoga kita mendapat berkat untuk apa yang telah kita lakukan pada tahun lepas dan meneruskan perjuangan pada tahun baru ini untuk mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa..InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...