Tuesday, March 31, 2009

Wanita II

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w. , "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


Semoga kita mendapat manfaat daripada Hadis Rasullah ini..InsyaAllah! Sama2 la kita berdoa semoga Allah lembutkan hati kita dan mempermudahkan diri kita utk mengerjakan apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg dilarang Allah.

Wanita I

Just for sharing..

30 Larangan Untuk Wanita

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan (bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

Friday, March 27, 2009

Teka-Teki Imam Ghazali

I received this teka-teki from Mr J yesterday..very interesting ;)

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?'
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' T eman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI =' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yan g paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

Semoga kita semua boleh mengambil manfaat dari teka-teki Imam Ghazali ni...InsyaAllah!

Thursday, March 26, 2009

My First SCRAP BOOK

Last night, ayah and mama pulun buat SCRAP BOOK utk our lovely son yg dah tetido pun. Kami collect all pictures yg dia suka like FISH, CARROT, VACUUM and many more. Then paste all the pics in his SCRAP BOOK. He already fell asleep at that time :) so boleh la ayah and mama buat keja dgn aman sket..hehe. Kalau x, mesti ada yg rajin nak membantu..






Usually pagi2 dia akan bangun tido and cari his books. He loves animals..skrang ni mcm2 jugak nama animal yg dia dh ingat, Alhamdulillah. Ayah dia ada belikan poster Animals utk dia, we paste it kat belakang pintu bilik. Seronok bila dia dah pandai sebut all the animal's name. He is getting smarter now.. ;)

I think loads of questions in his mind...kekadang I wonder what he's thinking...hmm

  • Son : Mama, ni apa? (sambil tunjuk kat gambar cat)
  • Mama : Fishhh (dgn muka confident betui)
  • Son : Mama, ni apaaaa? (dgn nada sikit x berpuas hati dgn jawapan mama)
  • Mama : Fishhh
  • Son : Mamaaa, ni apaaaa? (dgn muka dan nada suara x puas hati)
  • Mama : Hmm..ok, kalau sayang tau, ni apa? (sambil tunjuk kat gambar cat)
  • Son : Tat..meowwww
  • Mama : Yeeyy!! Betul... (sambil tepuk2 tgn for him)

My Son finally senyum dan puas hati dgn jawapan dia tadi...it's a part of his learning process. I will definitely miss this moment when he grow up...*sigh*

Friday, March 20, 2009

Alhamdulillah - Too Phat

I love this song...membawa pengertian yg mendalam...
disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata, memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka
sadarku akan hadirmu, mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

merenungi luar jendela, mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita, senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,
ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya
ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,
boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar,
kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!

jadikanlah ku tentera Fisabilillah
yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba,
hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,
dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan
tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,
dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi
dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,
nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,
menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,
moga tidak terleka dalam perjalanan ini

aku yang memandang di dalam lubuk hati,
mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai
lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki, aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,
qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,
semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,
moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau,
ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...
sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama, harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....

Anak

Conversation 1

me : i takut bila fikir about future anak2 kita nnt..*sigh*
A : Yeah me too. We can always pray for them, mintak yg baik2 dari Allah utk anak2 kita..InsyaAllah. I heard somewhere, if u nak anak2 ikut u and sayang u sampai bila2...practice this. Everytime balik rumah, make sure masuk rumah dgn salam, baca Al-Fatihah and Al-Ikhlas. Salam anak2..usap kepala anak2 kita...
me : ohh ya? Did u practice that?
A : Yes, i did.
me : I should practice that too, InsyaAllah. I think the most important thing is our Doa and always have faith in Allah. He will always listens and give u what u want, if u really work towards it (good or bad, it's up to what u wish)

Conversation 2

me : Bagus ke kita usap kepala anak2?
H : Yes, of course. Usap kepala anak2, belai anak2...it will bond us together. But ada difference utk usap kepala anak2 kita dgn usap kepala anak2 yatim tau..
me : ohh ya? How?
H : Dgn anak2, kita usap kepala dari depan ke belakang. Anak2 yatim pulak, kita usap dari belakang ke depan.
me : Hmm is there any significant by doing that?
H : Bila kita usap kepala anak2 kita, dari depan ke belakang..berkat tu datang dari diri kita kepada anak2. Tapi anak2 yatim lebih berkat sbb Allah loves them more. Kita usap kepala anak2 yatim dari belakang ke depan, utk kita dapat berkat dari anak2 yatim tu...
me : Hmm (sambil angguk2 tanda paham...)

Nabi SAW sering mengusap kepala mereka, seraya menegaskan, ”Barang siapa mengusap anak yatim, kelak Allah SAW akan mencatatkan baginya atas setiap helai rambut yang diusap tangannya dengan sepuluh kebajikan”
Wallahualam..

Wednesday, March 18, 2009

Santapan Nurani

I received this nice wordings from a friend...

Zikir kepada ALLAH akan membuat redha Yang Maha Esa,
akan membahagiakan sesama, akan membuat syaitan kecewa,
akan menghilangkan kesedihan, dan membuat timbangan berat.

Orang yang bahagia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalnya,
orang yang beruntung adalah orang yang banyak hartanya
dan banyak kebaikannya,
dan orang yang mendapat keberkatan adalah orang yang bertambah ilmunya
lalu semakin bertambah taqwanya.
Jangan menganggap kecil suatu nikmat bersama kesihatan yang ada,
jangan menghapuskan dosa tanpa diiringi taubat,
dan jangan melakukan ketaatan tanpa diiringi keikhlasan.

Orang yang bahagia adalah orang yang boleh mengambil pelajaran dari hari kelmarin,
menghalangi dan mengawasi terhadap diri sendiri,
mempersiapkan diri untuk kehidupan kubur,
dan selalu merasa diawasi oleh ALLAH baik pada saat terang-terang mahupun tersembunyi.

Rakus adalah kerendahan, tamak adalah kehinaan, rasa takut adalah kegagalan,
dan lalai adalah penghalang.

Wednesday, March 11, 2009

G.U.I.L.T.Y

Should I feel that way?

What? Who? Why?

Arghhhh..I felt guilty..

Can I do something here?

Knock knock

Tuesday, March 10, 2009

Layan movies..


"Only the power of hell can help them"
The Convenant was released in 2006. Dah lama teringin nak tgk, tapi sekarang baru dapat peluang untuk tgk citer ni. Best jugak citer ni walaupun actor and actressnya kureeng glamer..hehe. This story is about four young men who belong to a supernatural legacy are forced to battle a fifth power long thought to have died out. Another great force they must contend with is the jealousy and suspicion that threatens to tear them apart. The ending quite interesting...'I will you my power...'

"Long ago he made a deal to save someone he loved"

Ghost Rider was released in 2007, citer fantasy sket. Based on the Marvel character, stunt motorcyclist Johnny Blaze (Nicolas Cage) gives up his soul to become a hellblazing vigilante, to fight against power hungry Blackheart, the son of the devil himself. Eva Mandes pun berlakon gak dlm citer ni jadi awek Ghost Rider ;) i mmg suka citer bukan2 mcm ni..layannn..

Thursday, March 05, 2009

Pronunciation

Many more words he tried to pronounce now..but still in his own style. Sgt cute!

Ayyah = Ayah
Amma = Mama
Muta Ajim = Musa Kazim
akan = makan
inum = minum
tutu = susu
ashhi = nasi
thish = fish
ayaq = air
tat = cat
ani = barney
lat = solat
aji = ngaji
tadak = tak ada
amau = tak mau
abish = habis
ana pi = mana pi

My son could say sentences too..Alhamdulillah ;)

Wednesday, March 04, 2009

Insan, Ingatlah!


I just started this book bertajuk Insan, Ingatlah! last night..setelah sekian lama x membaca ;) teruk sungguh. Buku ni byk mengingatkan kita tentang kematian.
Petunjuk dan peringatan wahyu Allah SWT itu laksana air yang akan menyuburkan tanaman, air akan mendatangkan faedah hanya kepada tanah yang subur, jika air disiram ke atas batu pejal pasti tidak akan mendatangkan sebarang kesan. Demikian juga petunjuk dan peringatan Allah SWT, ia hanya akan berguna apabila segala nasihat dan peringatan itu jatuh ke lembah hati yang lembut. Hati yang keras sama dengan batu pejal yang tidak mungkin diresapi air, oleh itu hati yang keras tidak mungkin dapat manfaat dari petunjuk dan peringatan wahyu itu.

Batu pejal terlalu keras tetapi hati yang keras ada kalanya lebih keras dari batu yang pejal, batu yang keras lama-kelamaan akan lekuk jika dititis air terus menerus.
Orang sering bercakap tentang rakan atau sahabat mereka yang telah kembali menyahut seruan Ilahi, si pulan telah mati dan si anu telah mati, tetapi sayangnya jarang sekali dia memikirkan bilakah kematian itu akan sampai kepada giliran dirinya. Sebelum mati itu datang, apakah persiapan yang telah dibuat?

Justeru, mati itu adalah suatu peringatan yang berguna kepada manusia.
Mr J beli this book last year kat Syarikat Jaffar Rawas, Kota Bharu Kelantan. We both suka baca tulisan Nik Abdul Aziz Nik Mat a.k.a Tok Guru.
Semoga kami dapat manfaat dari buku2 islamic mcm ni..InsyaAllah!

Tuesday, March 03, 2009

Sabah Part II Pics

Kami booked bilik at level 3, Kinabalu Wing - Seaview (room no 9322).
Depa xrecommend bilik yg level atas2 sgt sbb we have infant with us.

The next pic is pemandangan dari our room balcony..cantik!!

On sunday morning tu, we went to Gaya Street Market. I prefer this 'Tamu' than 'Tamu' at Kota Belud :) ni gambar persatuan org2 buta bagi foot massage to the public (30 mins for RM20) not bad kann..

Ni gambar2 sekitar Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa..best!!
Sunset Bar ni mmg cantik..mengadap South China Sea. It is very relaxing!!
Sunset Bar ni bila malam lagi cantik. Harap2 ada rezeki utk sampai lagi Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa..InsyaAllah!

Monday, March 02, 2009

LK1M

Last saturday night, we had dinner at Restoren Pen Mutiara located at Batu Maung.

Restoren Pen Mutiara, Pelabuhan LKIM Batu Maung, 11960 Bayan Lepas, Penang.
Tel: 604 - 6264615
Fax: 604 - 6261084

I never heard about this restaurant before..my siblings wanna celebrate our mom's birthday there so they planned this makan-makan..Sedap jugak makan situ but xmurah sgt la...still affordable ;) boleh la kalau nak pegi makan sekali sekala bwk family. There is a hall utk function kat tingkat atas..if nak buat reservation just call their number kat atas tu ek. (bukan tujuan promosi)
*
***
*****
*******
*********
***********
Yesterday pulak, we went to LKIM Aquarium kat Batu Maung. First time I pi..never heard about this place before pun. Teruk sungguh..hehe. It's open everyday termasuk Saturday and Sunday (10am - 4.30pm). Boleh la bwk anak2 tgk hidupan laut yg pelbagai jenis tu. The place is not so big, boleh la. Kena bayar kalau nak masuk, adult : RM5 and child (7-12yrs) : RM2..not too bad la. I suka part bagi ikan koi aka japanese fish makan kat kolam luar tu jerrr ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...