بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Surah Al-Imran, Ayat 185)
Everyday since last Monday, we can read about the Lost Air France. Sekelip mata, 228 people lost and they maybe died. When will be our turn? We don't know and we will never know...I always imagine, mcm mana la the situation if I were in that flight..fuh!!
KEMATIAN ITU ADALAH BENAR DAN..SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI!
(peringatan untuk diri aku yang hina ini juga..)
Berikut adalah teks talqin yang hampir pasti akan dibacakan kepada setiap orang yang baru dikebumikan termasuk setiap daripada kita apabila sampai saat dan ketika yang bakal menjelma secara tiba-tiba. Semoga melaluinya akan menjadi pemangkin untuk kita terus melakukan yang terbaik di dalam setiap pekerjaan kita seharian (‘ibadah khusus dan umum – fardhu ain dan fardhu kifayah) yang bakal kita raih keuntungannya di Negeri akhirat kelak Insya Allah.
TEKS TALQIN
Bismilla hir rahma nir rahim.
Mahasuci Allah yang bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Allah yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Allah yang menjadikan lubang kubur, sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan hancur dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Dialah Tuhan yang Maha besar dan mempunyai kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah swt.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBUSAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang kamu bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Allah menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah kamu berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu bersusah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah swt, sebagaimana kamu juga.
Apabila mereka menyoal kamu dengan berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan dan iktikad kamu? Apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar dan janganlah bergopoh-gapah, hendaklah kamu jawab dengan tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu menjawab : Allah Taala Tuhanku, Nabi Muhammad saw nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji diwajibkan keatas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup sehingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang berada di dalam alam Barzakh, sehingga sampai ke satu masa yang dijanjikan kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar dan akan diadili di Mahkamah Allah Rabbul Jalil.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati itu adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan berlaku,
Kami ucapkan selamat tinggal dan selamat berpisah, kami menyerahkan kamu kepada Allah swt. Semuga Allah swt akan memberi kesejahteraan dan keselamatanNya kepada kamu.
Semuga Allah jualah yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa, mudah-mudahan Allah swt menaruh kasihan belas kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Allah akan memberi keampunan dan memaafkan kepada kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah, Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Nabi Muhammad SAW.
Subha na rabbika rabbil ‘izati amma ya sifun wasalamun ‘alal mursalin walham dulillahi rabbil alamin.
(Teks Talkin dipetik dari Harakahdaily)
No comments:
Post a Comment