Salam buat semua.
Sebenarnya tak tau pun nak tulis apa..kat mana nak mula.
Tapi apa yang aku rasa skrang ni, hungry teramat = lapaq gila!!
Aku ada option untuk berjalan ke kafe kilang untuk makan...tapi aku biarkan rasa lapar tu dulu sebab aku tengah "sgt lapar" dan aku nak feel lapar ni. Kesian kannn kepada mereka yang lapar kat luar sana tapi takde makanan, takde duit nak beli makanan dan mereka redha dengan kelaparan tu sebab mereka takde choice pun. Lagila bila tengok anak-anak kelaparan, sebagai ibu...aku takkan sanggup biarkan mereka lapar, biarlah aku aje yang lapar. Aku sedih bila tengok orang susah...tapi aku boleh tolong setakat mampu aje. Itu pun aku dah cukup syukur sebab aku boleh membantu walaupun sikit kuman je.
Aku tengah fikir ni, kalau la aku kaya...adakah aku akan tolong mereka di luar sana?
Aku takut bila aku senang, aku akan lupa kerana manusia mudah lupa...
Mungkinkah sebab itu Allah tak berikan aku kekayaan melampau ;) kerana Allah lebih mengetahui kelemahan hamba-hambaNya. Nanti aku leka!
Ok, dah jom sambung buat kerja...tapi nak pegi makan dulu sebab lapar sangat ni =)
Aku doakan Allah murahkan rezeki semua orang..semoga Allah ringankan beban mereka-mereka yang dalam kesusahan di luar sana...InsyaAllah. Ameen!
Syukur Ya Allah atas nikmat-nikmat yang Kau berikan padaku...aku bersyukur atas rezeki yang tidak terhingga yang Kau beri pada kami setiap hari.
Setiap hari adalah hari yang indah di bumi milikMu ini Ya Allah...
No comments:
Post a Comment