Thursday, December 23, 2010

Solat Sunat Tahajjud



Last night, I fall asleep time tidurkan my kids. Belum solat isyak pun lagi, dah tertidur - nasib baik la hubby kejutkan at 1.30am to remind me. Bangun tidur dengan langkah longlai, ish tak baik tau..kena solat jugak, nanti kalau Allah tanya nak jawab apa? Tidur tu bila2 pun boleh kann...:) Alhamdullilah, after solat Isyak tiba2 rasa nak buat solat tahajjud, alang2 dah bangun tidur dan dalam keadaan berwudhuk kann dan sempat jugak mengaji. Sememangnya rasa sangat-sangat tenang, cubalah...u will feel the difference. I would like to share some info about solat tahajjud.

Solat Tahajjud adalah solat sunat yang dilakukan pada malam hari, selepas bangun dari tidur. Solat ini lebih bernilai jika dapat dilakukan pada sepertiga malam terakhir. Banyak keutamaan yang kita dapat jika solat tahajjud dilakukan secara konsisten;

5 keutamaan solat tahajjud di dunia;
1. akan dipelihara Allah dari segala macam bencana
2. tanda ketaatannya akan tampak kelihatan dimukanya
3. akan dicintai para hamba Allah yang soleh dan dicintai oleh semua manusia
4. lidahnya akan mampu mengucapkan kata-kata yang mengandungi hikmah
5. akan menjadi orang bijaksana, yakni diberi pemahaman dalam agama

4 keutamaan solat tahajjud di akhirat kelak;
1. wajahnya akan berseri ketika bangkit dari kubur di hari pembalasan nanti
2. akan mendapat keringanan ketika di hisab
3. ketika menyeberangi Siratul Mustaqim, boleh dilakukan dengan sangat cepat, seperti halilintar menyambar
4. catatan amalan diberikan di tangan kanan

Tatacara melakukan solat tahajjud - boleh dilakukan sependek 2 rakaat, sepanjang 23 rakaat. Boleh diakhiri dengan solat witir (penutup) 1 rakaat.

Dari buku yang i read last night;
Niat - Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala.
Rakaat 1 - Surah Al-Fatihah & Surah Al-Kafiruun
Rakaat 2 - Surah Al-Fatihah & Surah Al-Ikhlas

Akhiri dengan doa, InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, cepat dikabulkan doa oleh Allah. Cubalah...

marie1

1 comment:

  1. moga-moga Imin mendapat kekuatan utk berjaga dikala 3/4 malam.. amin amin ya rabbal alamin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...