Friday, December 14, 2012

Let's go vacation...!~


Our next trip will be discovered BORNEO :D 

Haha...memang kami suka sangat negeri di bawah bayu ni. Besides diving, our children love this place so much! 

I love the scenery of this island...Subhanallah, cantik sangat! 

Marilah kita bercuti~

Cuti-Cuti Malaysia!


Love and Salam ~ Marie ~

Friday, November 23, 2012

Kekuatan Doa

Setiap hari ada sesuatu yang kita mahukan
Setiap masa ada sesuatu yang kita harapkan
Setiap detik kita akan mencari untuk mendapatkan sesuatu
Untuk setiap orang kepentingan kita berbeza-beza

Berapa lamakah hidup kita di dunia ini
Jadikanlah hidup kita lebih bermakna
Sujudlah kepadaNya, Hambakan diri kita kepadaNya
Berusahalah, Berdoalah, Bertawakallah

Semoga impian kita menjadi nyata
Semoga Allah perkenankan doa-doa kita
Ameen!!

Friday, November 09, 2012

Sharing is Caring~

TANGGUNGJAWAB ISTERI

Suatu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a:
Seorang lelaki telah datang mengadu kepada Rasulullah kerana anak gadisnya tidak mahu berkahwin. Sabda Baginda kepada gadis itu; "Patuhilah kehendak bapa mu." Jawab gadis; "Saya akan berkahwin sekiranya tuan menyatakan apa tanggungjawab saya sebagai seorang isteri." Baginda bersabda; "Jika suami mu berkudis, rawatlah dengan mulut mu. Sesungguhnya perbuatan itu tidaklah dianggap keterlaluan." Jawab gadis; "Demi Allah, kalau begitu tugas isteri, saya tidak akan kahwin selama-lamanya." Sabda Nabi kepada bapanya; "Jangan kau paksa dia untuk berkahwin. Biarlah dia membuat keputusan sendiri."


PESANAN IMAM  GHAZALI KEPADA ANAK PEREMPUANNYA DIHARI PERKAHWINANNYA:

Anakku….
Engkau akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan,
Dan  engkau akan berada ditempat tidur yang kau tidak kenal,
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya,
Itulah suami mu….

* Jadilah engkau sebagai tanah baginya dan ia akan menjadi langit bagi mu,
* Jadilah engkau sebagai lantainya dan dia akan dapat kau jadikan sebagai tiang mu,
* Jadikanlah engkau khadam kepadanya nescaya dia juga akan begitu,
* Janganlah engkau meminta sesuatu daripadanya dengan paksaan , dengan cara itu dia akan membenci mu,
* Janganlah engkau menjauhkan diri daripadanya, nescaya dia akan melupakan mu,
* Jika dia menjauhkan diri kerana marah, eloklah engkau jauhkan diri mu daripadanya semasa marah,
* Peliharalah hidung, telinga, dan matanya,
* Jangan biarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum,
* Jangan biarkan dia mendengar daripada mu melainkan yang baik,
* Dan jangan biarkan dia melihat daripada mu melainkan sesuatu yang cantik…


Nota Kaki: Peringatan untuk diri sendiri...Ya Allah jadikan aku isteri yang terbaik!
Source: http://smaprbp.razc.net/tj_isteri.htm

Love and Salam ~ Marie ~

Thursday, November 08, 2012

TIGA DUA?

Yes, betul betul betul...It is official ;)

I am Thirty-Two


P/S: Post ni dah lama sangat in my draft. Actually my birthday dah lepas 2 bulan pun...haha, baru nak bagitau official, hehe.

Love and Salam ~ Marie ~

Monday, October 08, 2012

the 7 habits of highly effective people

today i am attending this training at sunway hotel for 3 days.
tak masuk ofis la nampaknya...so far the training best. our trainer is mr charles ooi.

the 7 habits are #1 be proactive #2 begin with the end in mind #3 put first thing first #4 think win-win #5 seek to understand, then to be understood #6 synergize #7 sharpen the saw
nanti i will try to explain further yer..


love and salam ~marie~


Tuesday, September 04, 2012

Enam Tahun Berlalu~



Yesterday was our 6th Anniversary :D Tak sempat nak buat entry..hehe since I was kalut mencari hadiah untuk hubby plus kerja yang banyak kat ofis ni (cuti lama sangat beraya..). I pulak yang excited..

Alhamdulillah, we have been together for 6 years now...sekejap je masa berlalu. Rezeki yang Allah berikan tidak ternilai harganya. Sungguh banyak rezeki itu, semoga Allah tetapkan hati-hati kami sentiasa di jalanNya.

Doakan kami sentiasa diberikan kesabaran bersama. Semoga Allah sentiasa memberikan rahmatnya, InsyaAllah.

Love and Salam ~ Marie ~

Thursday, August 23, 2012

My Ofis Family Photo ;)

GSC-Engineering Services 2012


From left: Amir, Faizal, Azizi, En Rahman the manager, Sazrul, Jason, Hafiz and Badli
Sitting from left: Anggie, Mazlina, Wani, Maria, Zaza, Susi, Sarah and Izmin

Eid-ul-Fitr



Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin

From me a.k.a marie @)--

Monday, July 02, 2012

Eat Repent Repeat Cycle*

Yes, I am overweight. This eat repent repeat cycle* is coming back again! :D haha..

I am starting on my calories count ;) Hope to see myself back in my normal and ideal weight..huhu

Doa for me..

Love and Salam ~ Marie ~

Saturday, June 23, 2012

Oh Corningware..

Hadiah dari hubby..from Langkawi with Love! Auw..


Monday, June 18, 2012

Makanan Pelengkap: When to start?

I love this ebook from nutriweb intitle 'Nutritionist's Choice Cook Book'. Macam-macam info ada dalam buku ni, about nutrition, baby's recipe, toddler's recipe..etc. Thanks so much Wani! Nak kena try ni...

Eventhough I already have 3 kids bukan bermakna I dah pandai segalanya. I need to learn banyak lagi because the kids are growing up so fast..salah satunya belajar masak for the kids. Hmm doakan usaha saya ini diberkati..suka sangat bila anak-anak suka apa yang kita masak :D


This is some info about Complementary Feeding @ Makanan Pelengkap 
Kalau boleh memang nak try semua resepi dalam buku ni *yummy* for my baby, InsyaAllah..


How to Feed?
Knowing how to begin complementary feeding is important.
Successful feeding not only optimises your child's nutritional intake,
but also helps to shape good eating habits from a young age.

How frequent?
6-8 months: 2-3 main meals a day and make sure breast milk is provided 5-6 times a day. Snacks are generally not required, but may be given if tolerated by baby
9-11 months: 3-4 main meals a day + 1-2 nutritious snacks
1-2 years: 4-5 main meals a day + 1-2 nutritious snacks

Feeding DO's
  • Introduce only one new food at a time. For example, start with blended rice porridge. Once baby gets used to it, introduce second type of food from another food group.
  • Apply the 4-day rule. Wait for 4 days after introducing a new type of food; this will help determine if your baby likes the food and allow him to get used to it. This will also helps to detect signs of food allergy baby might have.
  • Start with a small amount. Increase the amount gradually as baby gets older.
  • Once baby has been introduced to a variety of foods, start serving a combination of foods in a single meal, e.g. serving rice porridge with minced meat and pureed vegetable.
  • Make sure the food flavour and texture are right according to baby's stage of development.
  • Feed as soon as baby gets hungry before baby gets upset and loses appetite.
  • Depending on baby's ability, give foods that baby can pick up, and give water in a cup that he can hold.
  • Avoid having distractions, such as TV and toys, during feeding so that baby can fully focus and enjoy his meal.
  • Have meals together with baby. You can actively encourage baby to eat or even self-feed.

Feeding DON'Ts
  • Mix different types of food in one meal when first started.
  • Give foods that baby can choke on, such as nuts or seeds.
  • Force-feed or overfeed. Stop feeding when baby turns away or shows disinterest; he may be feeling full already. 

**Sharing is Caring**

Love and Salam ~ Marie ~

Friday, June 15, 2012

New Banner~ Didik anak dengan Al-Quran

Saya terpanggil untuk sharekan maklumat ini kerana saya juga seorang ibu yang mahukan anak-anak saya menghafal Al-Quran (jika diizinkan Allah, InsyaAllah..).

Selepas membaca blog Lina Karim, saya terus subscribe dan menjadi menerima tips-tips berguna untuk mendidik anak dan juga diri saya sendiri tentang Al-Quran.

Lina Karim
Blog : http://www.darwishndarwisya.blogspot.com/
Website : http://www.islamicparentingnetwork.net/
Facebook Page : Islamic Parenting Network

InsyaAllah, jika sesiapa yang ingin membaca blog Lina Karim..sila ke blog beliau. Alhamdulillah, banyak ilmu yang bermanfaat di situ dan banyak yang kita boleh belajar. Semoga ilmu yang beliau curahkan dapat kita gunakan untuk mendidik generasi kita yang akan datang iaitu anak-anak kita. Terima kasih kak! Semoga Allah sentiasa memberkati usaha Lina Karim dan juga kita, InsyaAllah..

Anak-anak kita lah yang akan menerajui negara dan akan menjadi pemimpin pada masa hadapan. Ini adalah tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa. Amanah Allah yang diberikan janganlah kita sia-siakan.

Mampukah kita?..InsyaAllah, berusahalah dan banyakkan berdoa semoga anak-anak kita menjadi soleh dan solehah. Marilah kita berusaha menyerapkan Al-Quran ke dalam jiwa mereka.

Mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan. Corak bagaimanakah yang kita mahu?


Love and Salam ~ Marie ~

Twisties Contest!

Twisties Daily Twist

Jom kita ramai-ramai join manalah tau kannn kot kot ada rezeki menang..haha. Walaupun I tak pernah menang menang, tapi boleh la nak cuba since I like Twisties.

Sampai bila contest ni??

This contest is now on from 2 May - 30 June 2012

Apa hadiahnya?

100 prizes worth up to RM200,000 must be won!

WOW...every single day ada hadiah tau..hmm :D

Macam mana nak join ek??

Just grab a pack of Twisties 70g or Chipster 60g now and sms the unique code!!! I already grab mine..blum SMS je lagi :D haha (gelak perasaan bagus...)

All information can be found here at Twisties - Life's Better Twisted

Let's try it out! Manala tau dapat Vespa Scooter sebijik :D haha OR iPhone 4s OR PSP OR D7000...etc etc banyak lagi tau.

Check it out!!

#Nota Kaki#  Minimum of five (5) entries required untuk kita be eligible to win. Pandai depa naa...

Hadiah hari ni Dr. Dre Headset..haha for sure I tak pulun :p No No No


Love and Salam ~ Marie ~

Tuesday, June 12, 2012

Abang turns FIVE today!

Alhamdulillah, he turns 5 today. Seronok bukan main sebab pagi-pagi lagi we all dah nyanyikan lagu 'happy birthday' and he got his 1st present from us, an UltraMAN yang boleh nyanyi lagu jepun and ada lampu merah blinking kat chest dia....hehe. Boys kannn...hmm

Adiknya pulak bila nampak abang dapat UltraMAN, "Mana Amat punya?" so terpaksala terangkan kat dia, today is abang's birthday. You will only get it on your birthday nanti but not today. Syukurlah dia paham walaupun tak la macam paham paham sangat. At least dia takdak la kisah sangat dia tak dapat hari ni.

Today we sent muffins to their kindy and nursery. Alhamdulillah rezeki budak-budak tu...dapatla rasa sorang sikit sempena birthday Musa :). And pagi tadi he asked "Takdak kek untuk ajim potong ka?". Dah pandai yer dia mintak kek nak potong..so mama dah belikan time lunch tadi untuk dia potong kek tonight di rumah dengan kami & adik-adiknya.

InsyaAllah malam nanti ada lagi birthday present for him...hehe.

"HAPPY 5th BIRTHDAY MUSA"..Be a good boy!

Love and Salam ~ Mama ~

Wednesday, May 09, 2012

Cuti-cuti Malaysia - Pulau Langkawi

Alhamdulillah, last month dapatla kami bercuti setelah sekian lama tak bawak the kids pergi mana-mana. Kali ni kami decided naik Fireflyz PEN-LGW sebab tak pernah naik lagi :D

First time for all of us except Mr Boss

First flight for my small baby!
He seems enjoying his nap on the flight ;) hehe sebab dapat tidoq atas mama sepanjang masa..


Sekejap je from Penang to P.Langkawi..ada la kot dalam 30 minit. Naik flight, tengok sana sini...enjoying the view, dapat minum jus...nampak laut sat and all the small islands, then dah nak turun ;)

Sampai P.Langkawi, suasana biasa saja sebab bukan peak season. Kami dapat sewa sebijik Toyota RUSH ;) dengan harga berpatutan RM100 per day. Kalau time peak ni maunya sampai RM150~RM200 per day.

Cerita pasal accomodation pulak, ingatkan nak duduk Sheraton Fourth Points yang dekat je dengan airport. Tup tup teringin nak pi drive terus ke Sheraton Langkawi Resort dulu and tengok the place. Sampai-sampai we all pi tengok the rooms dulu and they have kids package untuk kami - Room with 2 queen size bed + free 1 extra bed + free for 2 days breakfast (2 adults and 2 kids) + 1 night dinner in house. The room memang ada  2 Queen size bed :) sangat suka sebab takde la berhimpit atas King size bed..LOL


The view sangat best tapi  pantai tak best and service pun tak best :D haha. Banyak pulak nak komplen. Bila nak malam, nyamuk banyak. Tu la, nak lagi dok dalam hutan :) ingatkan syok...hehe. Rupanya takde la best mana. So lepas ni kalau nak pi P.Langkawi lagi, we decided to stay at Sheraton Fourth Points pulak. InsyaAllah!


Shopping...overall takde la best sangat kali ni sebab I can't shop banyak pun since the kids kecik-kecik lagi. Takut nak pergi kat tempat pinggan mangkuk :p

Coklat must buy!

Maybe next time yer kita pergi shopping-mopping...InsyaAllah!

Love and Salam ~ Marie ~

Tuesday, May 08, 2012

Isteri Solehah :D


Sama-samalah kita ingat memperingati antara satu sama lain ;)

Love and Salam ~ Marie ~

Wednesday, May 02, 2012

Mimpi lagi?

Tiga hari berturut-turut mimpi yang seakan sama tapi berbeza. Apakah maknanya? :)

"Kenapalah agaknya saya bermimpi begini..begini..?"

"Adakah kerana jiwa kita terganggu...?"

Mungkin juga ya..hmm tapi mungkin mimpi akan pergi jika jiwa kita diserahkan sepenuhnya kepada Yang Maha Berkuasa yakni Allah swt. InsyaAllah dengan kuasanya segala macam kesulitan akan segera pergi. Marilah kita amalkan segala yang baik..

BerSOLATlah di awal waktu..plus amalkan SOLAT-SOLAT SUNAT
BerPUASAlah..supaya nafsu dapat dikawal (jangan terlalu ikut perasaan..pompuan kann emotional)
BerZIKIRlah kepadaNYA siang dan malam. Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Bacalah AL-QURAN..jiwa akan sentiasa merasa tenang

Dugaan datang dan pergi..seperti angin, ribut dan taufan melanda. Semuanya akan dapat diperbaiki jika kita sentiasa positif. Segala perasaan negatif datangnya dari hati kerana adanya nafsu. Bukankah otak lebih tinggi kedudukannya dalam struktur badan manusia. Kenapa tidak kita gunakan akal? InsyaAllah nafsu akan tunduk pada akal yang bijak :) sama-samalah kita berfikir untuk kesejahteraan hidup di dunia ini..

**Peringatan untuk diri saya juga..**

Love and Salam ~ Marie ~

Tuesday, April 17, 2012

Kekayaan dan Kemewahan Dunia



Saya adalah antara pembaca tegar blogspot dan website yang boleh menjana pendapatan lumayan. Kekayaan dunia memang sentiasa manusia cari..betul kann? :) Saya juga salah seorang yang mencari-cari pendapatan yang boleh diperolehi dengan hanya berada di rumah. Tetapi saya bukanlah jenis yang tabah dan kuat menghadapi dugaan dunia perniagaan~ hmm macam mana tu? Sebab itulah saya tidak kaya...hehe

Saya kagum dengan manusia yang kuat menghadapi dugaan dalam mencari harta kekayaan dunia dan saya bertambah kagum jika manusia itu tidak lupa mencari harta untuk bekalan akhirat juga (memang salute lah!~). Akan tetapi manusia mudah lupa, kadangkala harta kekayaan dunia itu mengaburi mata kita. Hati menjadi hanyut dengan perhiasan dunia yang boleh dibeli dengan kekayaan dan kemewahan. Lama-kelamaan hati menjadi jauh dariNya..Nauzubillah!

Lumrah alam, hidup ini ada turun naiknya. Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Bila berada di atas tu, jangan lah lupa pada yang memerlukan. Sedikit sebanyak bantuan yang diberikan InsyaAllah akan dapat meringankan bebanan mereka yang sangat-sangat  mengharapkan pertolongan. Saya mengingatkan diri saya sendiri agar tidak teragak-agak bila ternampak ada orang yang susah dan memerlukan (bukanlah saya berlagak baik, tapi saya mahu berubah..dulu saya adalah orang yang teragak-agak itu...). Sekarang saya tanamkan dalam hati, walaupun pertolongan saya hanyalah sekecil zarah, itulah hanyalah pada pandangan mata manusia..yang penting Allah Maha Mengetahui niat di dalam hati kita. InsyaAllah!

Saya juga manusia yang mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan. Entry ini sekadar untuk mengingatkan semua dan juga diri saya sendiri tentang harta kekayaan dunia~ cara kita mensyukuri nikmatNya, berkongsilah dengan orang lain yang memerlukan. Jangan bazirkan apa yang kita kecapi dengan membelanjakannya untuk perkara-perkara yang tidak membawa manfaat. InsyaAllah!

**kadangkala doa orang yang kita tolong itu lebih termakbul. Doa yang baik dari mereka untuk kita mungkin akan lebih membahagiakan...:)

**Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk menjadi manusia yang lebih baik dari hari ini..InsyaAllah!

Love and Salam ~ Marie ~

Monday, April 09, 2012

Marilah Beramal~

Nampak senang tapi sebenarnya bukan mudah nak ikut ketujuh-tujuh Sunnah Rasulullah ini. Tapi berkat kekuatan diri kita untuk mengejar kehidupan abadi di sana...marilah kita cuba amalkan. InsyaAllah~
**nota: peringatan untuk diri sendiri**


 Love and Salam ~ Marie ~

Thursday, April 05, 2012

Tips for the day : Reduce Cholesterol & Weight


Yes, I am back to work..hmm kalau boleh memang takmau kerja :D haha suka-suka je kann takmau kerja. Hutang piutang semua siapa nak tanggung..hehe. Back to reality yer Cik Marie..LOL

Ok, berbalik ke kisah di kantin, selalunya kami berbincang hal-hal family, anak-anak dan cerita seharian. Kadang-kadang berkait dengan ilmu agama, Alhamdulillah..(thanks Allah sebab dikurniakan kawan-kawan yang baik :))

Topik yang dipilih usually about parenting since anak-anak dah semakin membesar. I love sharing info and hearing people's experiences..banyak ilmu yang boleh kita dapat, InsyaAllah. Ambil yang baik, yang tak baik tu minta dijauhkan...Ameen!

This morning, ada tips berguna to reduce cholesterol and also can reduce weight ;) worth trying kann...

TIPS
**10 biji bawang putih (garlic)
**1 biji limau nipis (lime) - cut in slices
**blend this two
1/2 periuk air


masak air dalam periuk dan rebus bahan2 blend tadi..
cara simpan - dalam peti sejuk
cara minum - half cup 2x per day



I should try this :) hmm according to pemberi tips, in 3 weeks minum ni, her husband managed to reduce 4 kilos. Hmm..apa tunggu lagi ;) but the smell, huh...sabar je la yer.

*Sharing is Caring*


Love and Salam - Marie -

Tuesday, March 06, 2012

Day 30 of my confinement :-)

My son is already 1 month old..hehe bunyi mcm umur setahun je. Another 14 days of my confinement, lepas tu yeehaaaa..dah boleh kuar jalan2 seperti biasa. Hmm sangat tidak sabar menunggu hari itu tiba. Two more weeks to go..huhu

My 1 month old baby..Ali Rida As-Sidek. "Assalam to All"


Tuesday, February 07, 2012

120206 : monday

Alhamdulillah semua selamat..another boy was born at 11.35pm yesterday
Syukur semua dipermudahkan..my lil boy is 3.10kg 50cm long

love and salam to all

Friday, February 03, 2012

Esok due?

Still in my womb...phews. Best ke dok dalam tu baby? Mai kuar mai..hehe


Monday, January 30, 2012

Mood Swings



A mood swing is an extreme or rapid change in mood.

Hmm..nak tau kenapa? :D haha..sebab I don't see any sign of labor yet..huhu. Boring menunggu sebenarnya...

Based on history, my sons memang dua-dua overdue..hmm

My first boy was born on his due date (40 weeks)
Sign of labor : Contractions

My second boy was born a week after his due date (41 weeks)
Sign of labor : Ruptured membranes (pecah air ketuban @ water bag leaking)

And this one, maybe Diarrhea sign kot..haha. Mama is having too much oranges nowadays..hehe ** limau mandarin CNY :D

Okay, since I am in my 39 weeks going to 40 weeks of pregnancy now..something to share here about normal labor and delivery process.

**Sharing is Caring**

Normal Labor and Delivery Process

After months of anticipation, your baby's due date is near. Here's what you can expect from the start of labor until the first days and weeks with your new baby.

Signs of Labor

No one can predict with certainty when labor will begin. The due date your doctor gives you is merely a point of reference. It is normal for labor to start as early as three weeks before that date or as late as two weeks after it. The following are signs that labor is probably not far away:
  • Lightening. This occurs when your baby's head drops down into your pelvis in preparation for delivery. Your belly may look lower and you may find it easier to breathe as your baby no longer crowds your lungs. You may also feel an increased need to urinate because your baby is pressing on your bladder. This can occur a few weeks to a few hours from the onset of labor.
  • Bloody show. A blood-tinged or brownish discharge from your cervix is the released mucus plug that has sealed off the womb from infection. This can occur days before or at the onset of labor.
  • Diarrhea . Frequent loose stools may mean labor is imminent.
  • Ruptured membranes. Fluid gushing or leaking from the vagina means the membranes of the amniotic sac that surrounded and protected your baby have ruptured. This can occur hours before labor starts or during labor. Most women go into labor within 24 hours. If labor does not occur naturally during this time frame, doctors may induce labor to prevent infections and delivery complications.
  • Contractions . Although it's not unusual to experience periodic, irregular contractions (uterine muscle spasms) as your labor nears, contractions that occur at intervals of less than 10 minutes are usually an indication that labor has begun.
Source: WebMD

Love and Salam ~ Marie

Thursday, January 12, 2012

New Year's Resolution

"Happy New Year Everyone!"

Alhamdulillah, masih lagi bernyawa di bumi milik Allah. Actually takde la apa sangat resolution pun. Kebanyakan memang resolusi dari tahun ke tahun yang tak dapat commit sepenuhnya atau masih kurang memuaskan~ hehe

1. InsyaAllah, I will deliver this year 2012 ~ my "Water Dragon" baby :D
~ itu adalah mengikut calendar CNY yang digembar-gemburkan..haha. InsyaAllah, keberkatan itu memang kita minta dari Allah swt

2. Mesti la nak jadi isteri, anak dan mama yang baik. Sentiasa taat kepada Allah swt, InsyaAllah..

3. Saya nak menyediakan diri sebagai seorang penjahit tegar :D haha, keep my blog "ladycino-crafts.blogspot" updated with new projects

4. After confinement, saya nak memajukan diri menghadiri kelas epal balik..huaaa huaaaaa, dah lama ditinggal-tinggalkan. Saya sangat merindui kelas itu..i likeeee :D

5. Target to get back my IDEAL WEIGHT..hehe :)

Semoga Berjaya!

I love my LIFE ;D ~Marie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...