TANGGUNGJAWAB ISTERI
Suatu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a:
Seorang lelaki telah datang mengadu kepada Rasulullah kerana anak gadisnya tidak mahu berkahwin. Sabda Baginda kepada gadis itu; "Patuhilah kehendak bapa mu." Jawab gadis; "Saya akan berkahwin sekiranya tuan menyatakan apa tanggungjawab saya sebagai seorang isteri." Baginda bersabda; "Jika suami mu berkudis, rawatlah dengan mulut mu. Sesungguhnya perbuatan itu tidaklah dianggap keterlaluan." Jawab gadis; "Demi Allah, kalau begitu tugas isteri, saya tidak akan kahwin selama-lamanya." Sabda Nabi kepada bapanya; "Jangan kau paksa dia untuk berkahwin. Biarlah dia membuat keputusan sendiri."
PESANAN IMAM GHAZALI KEPADA ANAK PEREMPUANNYA DIHARI PERKAHWINANNYA:
Anakku….
Engkau akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan,
Dan engkau akan berada ditempat tidur yang kau tidak kenal,
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya,
Itulah suami mu….
* Jadilah engkau sebagai tanah baginya dan ia akan menjadi langit bagi mu,
* Jadilah engkau sebagai lantainya dan dia akan dapat kau jadikan sebagai tiang mu,
* Jadikanlah engkau khadam kepadanya nescaya dia juga akan begitu,
* Janganlah engkau meminta sesuatu daripadanya dengan paksaan , dengan cara itu dia akan membenci mu,
* Janganlah engkau menjauhkan diri daripadanya, nescaya dia akan melupakan mu,
* Jika dia menjauhkan diri kerana marah, eloklah engkau jauhkan diri mu daripadanya semasa marah,
* Peliharalah hidung, telinga, dan matanya,
* Jangan biarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum,
* Jangan biarkan dia mendengar daripada mu melainkan yang baik,
* Dan jangan biarkan dia melihat daripada mu melainkan sesuatu yang cantik…
Nota Kaki: Peringatan untuk diri sendiri...Ya Allah jadikan aku isteri yang terbaik!
Source: http://smaprbp.razc.net/tj_isteri.htm
Love and Salam ~ Marie ~
No comments:
Post a Comment