Friday, November 23, 2012

Kekuatan Doa

Setiap hari ada sesuatu yang kita mahukan
Setiap masa ada sesuatu yang kita harapkan
Setiap detik kita akan mencari untuk mendapatkan sesuatu
Untuk setiap orang kepentingan kita berbeza-beza

Berapa lamakah hidup kita di dunia ini
Jadikanlah hidup kita lebih bermakna
Sujudlah kepadaNya, Hambakan diri kita kepadaNya
Berusahalah, Berdoalah, Bertawakallah

Semoga impian kita menjadi nyata
Semoga Allah perkenankan doa-doa kita
Ameen!!

Friday, November 09, 2012

Sharing is Caring~

TANGGUNGJAWAB ISTERI

Suatu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a:
Seorang lelaki telah datang mengadu kepada Rasulullah kerana anak gadisnya tidak mahu berkahwin. Sabda Baginda kepada gadis itu; "Patuhilah kehendak bapa mu." Jawab gadis; "Saya akan berkahwin sekiranya tuan menyatakan apa tanggungjawab saya sebagai seorang isteri." Baginda bersabda; "Jika suami mu berkudis, rawatlah dengan mulut mu. Sesungguhnya perbuatan itu tidaklah dianggap keterlaluan." Jawab gadis; "Demi Allah, kalau begitu tugas isteri, saya tidak akan kahwin selama-lamanya." Sabda Nabi kepada bapanya; "Jangan kau paksa dia untuk berkahwin. Biarlah dia membuat keputusan sendiri."


PESANAN IMAM  GHAZALI KEPADA ANAK PEREMPUANNYA DIHARI PERKAHWINANNYA:

Anakku….
Engkau akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan,
Dan  engkau akan berada ditempat tidur yang kau tidak kenal,
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya,
Itulah suami mu….

* Jadilah engkau sebagai tanah baginya dan ia akan menjadi langit bagi mu,
* Jadilah engkau sebagai lantainya dan dia akan dapat kau jadikan sebagai tiang mu,
* Jadikanlah engkau khadam kepadanya nescaya dia juga akan begitu,
* Janganlah engkau meminta sesuatu daripadanya dengan paksaan , dengan cara itu dia akan membenci mu,
* Janganlah engkau menjauhkan diri daripadanya, nescaya dia akan melupakan mu,
* Jika dia menjauhkan diri kerana marah, eloklah engkau jauhkan diri mu daripadanya semasa marah,
* Peliharalah hidung, telinga, dan matanya,
* Jangan biarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum,
* Jangan biarkan dia mendengar daripada mu melainkan yang baik,
* Dan jangan biarkan dia melihat daripada mu melainkan sesuatu yang cantik…


Nota Kaki: Peringatan untuk diri sendiri...Ya Allah jadikan aku isteri yang terbaik!
Source: http://smaprbp.razc.net/tj_isteri.htm

Love and Salam ~ Marie ~

Thursday, November 08, 2012

TIGA DUA?

Yes, betul betul betul...It is official ;)

I am Thirty-Two


P/S: Post ni dah lama sangat in my draft. Actually my birthday dah lepas 2 bulan pun...haha, baru nak bagitau official, hehe.

Love and Salam ~ Marie ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...