Saturday, July 12, 2014
Kemaafan dendam yang terindah..
Adakah benar manusia lebih mementingkan apa yang manusia kata berbanding dengan apa yang Allah kata?
Adakah benar kemaafan sukar untuk kita lafazkan dan sukar untuk kita berikan?
Adakah benar syurga itu tempat untuk orang-orang yang beriman?
Adakah benar mendidik anak itu amat sukar berbanding dengan menjaga ternakan?
Itu persoalan-persoalan dalam mindaku yang masih dahagakan ilmu Allah. Aku adalah manusia yang lemah, sangat memerlukan bimbingan untuk menyusuri jalan yang penuh liku di dunia ini.
Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dalam hidup ini. Lina Karim dan Islamic Parenting Network adalah antara yang banyak memberikan bimbingan secara online dan Lina salah satu sumber inspirasiku untuk menulis. Dia menyatakan apabila kita menulis dari hati dan kerana Allah, segala yang kita lakukan akan dipermudahkan, InsyaAllah. Kata-kata Lina yang hanya santai banyak memberikan aku ruang untuk berfikir...terima kasih Lina Karim, semoga Allah memudahkan urusan Lina dunia akhirat.
Kematian semakin hampir dan apakah yang kita lakukan untuk mencukupkan bekalan?
3 amalan yang tidak akan putus apabila kita mati iaitu;
1. Sedekah jariah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Doa anak-anak yang soleh
Sedekah jariah walaupun nampak mudah tapi sebenarnya selalu di sulami dengan kata-kata
"Orang ni buat apa dengan duit yang aku bagi ni?"
"Patutkah aku bagi sedekah dekat pakcik ni? Nampak macam cukup sifat untuk buat kerja"
"Orang ni buat-buat susah ni, nampak macam ok je"
Itu adalah antara perkara yang terjadi kepada diriku sendiri dan aku selalu dikejutkan dengan rasa menyesal, padahal sedekah tak bagi pun..
"Ya Allah, siapalah aku untuk mempersoalkan itu semua.." malu aku padaNya. Duit yang ada walaupun tak banyak memang ada bahagian untuk orang lain yang lebih memerlukan. Kadangkala kita lebih mementingkan apa yang kita mahu dari apa yang orang lain perlukan (peringatan untuk diri sendiri). Lepas ni kalau nak bagi sedekah, jangan fikir nak bagi ke tidak, nak bagi ke tidak. Tanpa fikir dua tiga kali, bagilah secara ikhlas untuk membantu meringankan beban orang itu dan moga duit kita bermanfaat untuk orang yang menerima.
Lina banyak menekankan "Ilmu yang bermanfaat" - aku bukanlah guru sama seperti Lina Karim, tiada apa ilmu yang baik boleh aku sebarkan. Nasihat Lina, menulislah - mungkin itu yang terbaik dan cara yang terbaik untuk kita menyampaikan ilmu kepada orang lain. Aku mulakan di sini, untuk menulis apa yang baik dan apa yang terjadi dalam hidupku ini supaya ia akan bermanfaat kepada orang lain. Sebelum ini, aku adalah orang yang suka bila review tinggi (takde la tinggi sangat, tapi sifat yang tidak baik itu ada..dan masih ada). Sekarang, apa yang aku tulis adalah kerana Allah. Semoga bermanfaat untuk memberikan aku pahala sesudah aku mati, InsyaAllah.
Cita-cita aku untuk melihat anak-anakku menjadi Hafiz Al-Quran. Jika Allah izinkan, semoga Dia permudahkan perjalanan hidup anak-anakku, InsyaAllah. Bila tengok Sharifah Aini meninggal dunia dan meninggalkan permata hatinya seorang Hafiz, MasyaAllah..aku sangat terasa yang dia beruntung kerana menjadikan amanah Allah itu berjaya di dunia and InsyaAllah juga akhirat. Kuatkanlah diriku untuk senantiasa mengingatiMu dalam apa jua yang aku lakukan Ya Allah.
Coretan mengenai kemaafan telah berhari-hari menjelma di dalam kepalaku. Setiap hari ada sahaja yang berlaku dan mengingatkan aku tentang ketegalan hati ini untuk menyatakan "Maafkan saya". Untuk menyatakan kemaafan kelihatan mudah..tetapi untuk merasai keikhlasan dalam meminta maaf itu agak sukar untuk dilakukan.
Malam-malam Ramadhan yang mulia ini, rutin kami sekeluarga ke masjid untuk memenuhi undangan Allah dalam bulan yang barakah ini. Anak kecil aku yang berusia 2 tahun agak tak diam kerana perlu menunggu mamanya bersolat sepanjang 1 jam di masjid. Dia akan bermain dan bermain, memanjat, menarik sejadah, bergolek di sejadah, menendang, menarik telekung...kalau ikut rasa hati, aku mau solat di rumah saja. Tapi bila fikir balik, "Mungkin ini ujian Allah untuk aku setiap hari di masjid ni". Bersangka baiklah kita kepada yang Maha Pencipta, mungkin ada banyak kebaikan dari apa yang kita rasa kurang baik itu, InsyaAllah.
Dan sekarang setiap kali anak kecilku melakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu jemaah yang lain, aku akan cepat-cepat menyatakan "Maafkan saya ya". Aku harap setiap orang yang terganggu itu ikhlas memaafkan aku dan anak kecilku. Walaupun orang tahu itu hanya perbuatan si kecil tapi kita sebagai pencoraknya mempunyai saham juga...
"Ya Allah,
Di KETIKA aku melakukan KESALAHAN kepada orang lain, anugerahkan KEKUATAN kepadaku untuk meminta KEMAAFAN,
manakala...
Di WAKTU orang lain melakukan KESALAHAN kepadaku, anugerahkan aku KEKUATAN untuk memberi KEMAAFAN"
*Semoga bermanfaat*
Labels:
Amalan,
Anak,
Coretan Aku,
Kerana Allah,
Semoga Bermanfaat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment