Kemaafaan itu bukan mudah untuk diminta mahupun diberi. Justeru, amalkan sehari-hari supaya mudah untuk lidah kita ini melafazkan maaf. Dr Fadzilah Kamsah ada menyebut untuk mendapatkan ketenangan hati..maaf perlu diminta dan diberi..kita selalu maafkan orang lain, InsyaAllah Allah mudahkan orang lain untuk memaafkan kita. Kemaafan dan keampunan bukan sahaja di hari raya dan bukan sahaja sesama manusia. Tetapi memang penting untuk mendapatkan kemaafan sesama manusia selain keampunan dari Allah. Manusia yang sangat dekat dengan kita adalah ibu bapa, adik beradik, guru-guru, sahabat dan yang paling penting pasangan dan zuriat-zuriat kita. Apakah yang paling penting dalam hidup kita? Berkat itu penting..justeru jika kemaafan kita minta dan kita beri, hidup kita akan lebih diberkati. Kurang musuh kita InsyaAllah.. Saya berusaha istiqamah dalam meminta maaf kepada pasangan, ibubapa dan anak-anak setiap hari. Saya sangat berharap berkat dalam keluarga kami sentiasa Allah berikan..ini bukanlah untuk berbangga tapi itu adalah usaha saya untuk mendapatkan hidup yang lebih baik InsyaAllah. Saya pernah terdengar sahabat-sahabat saya berkata nampak mudah untuk menyatakan maaf kepada pasangan setiap malam sebelum tidur..tapi setiap kali untuk melafazkannya..lidah bagaikan kelu dan kata-kata maaf itu hanya terlintas di hati dan minda..tidak terkeluar di mulut. Kenapa? Kerana ego yang tinggi dalam diri. Saya pernah merasai keegoaan yang tinggi itu. Untuk istiqamah, saya selalu melupakan perasaan ego itu. Lama kelamaan ia menjadi kebiasaan untuk saya melafazkan kata maaf. Cuma sekarang saya berusaha untuk lebih merasai keikhlasan maaf dari dalam hati ini. Tak rugi ucapan maaf itu..InsyaAllah. Love and Salam. |
Tuesday, July 15, 2014
Kemaafan bukan hanya adat beraya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment